Utusan Borneo (Sabah)

Ascensia, Alpro Pharmacy lancar pelan langganan pengurusan diabetes pertama Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Sebagai usaha untuk menangani keperluan akses dan kemampuan dalam pengurusan diabetes, Ascensia Diabetes Care (Ascensia) bersama Alpro Pharmacy, sebuah rangkaian farmasi terkemuka tempatan telah melancarka­n sugO365, sebuah pelan langganan diabetes yang pertama di Malaysia, untuk meraikan Hari Diabetes Sedunia.

sugO365, yang telah diilhamkan oleh sekumpulan individu terlatih dan berwawasan dalam industri penjagaan kesihatan negara, merupakan sebuah platform inovatif yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang menghidapi diabetes keupayaan untuk menguruska­n dan mempelajar­i bagaimana untuk mengawal keadaan diabetes mereka secara berkesan melalui penggunaan teknologi digital.

Bercakap pada pelancaran sugO365, Pengarah Urusan Ascensia Diabetes Care Malaysia Maximillia­n Lim berkata, “Pemantauan glukosa darah (SMBG) merupakan aspek penting bagi mereka yang hidup dengan diabetes.

“Sebagai peneraju penyedia solusi penjagaan diabetes yang terkemuka di dunia, kami komited untuk memudahkan kehidupan individu dengan diabetes, memperkasa­kan mereka untuk menjaga kesihatan mereka. Menerusi sugO365, penghidap diabetes boleh memberi tumpuan terhadap perkara yang paling penting: kawalan diabetes mereka,” katanya.

Menurut Lim, Ascensia baru-baru ini telah menganjurk­an kajian diabetes yang mendapati mereka yang menghidapi diabetes berasa patah semangat untuk memantau glukosa darah disebabkan oleh kos yang terlibat.

Kajian yang dijalankan juga mendapati lebih 50 peratus daripada responden yang menghidap diabetes percaya bahawa tanggungja­wab utama pengurusan penyakit itu adalah di bahu para doktor, bukannya pesakit.

“Kami percaya bahawa pelan langganan ini akan menangani isu kemampuan dan akses kepada maklumat yang tepat dan terkini. Dengan itu, kami berharap untuk memperkasa­kan individu dengan diabetes untuk mengawal keadaan penyakit mereka,” katanya.

sugO365 datang dengan empat pelan yang berbeza - sugOTrial, sugOVIP, sugOCOMBO and sugOMAX, eksklusif untuk pesakit diabetes melitus jenis 1. Selepas mendaftar, pelanggan akan diberikan satu sistem pemantauan glukosa darah COUNTOUR®PLUS ONE secara percuma. Peranti tersebut mempunyai fungsi tanpa wayar dengan keterhubun­gan Bluetooth serta boleh berhubung dengan aplikasi pada telefon pintar dengan mudah dan lancar.

Aplikasi berkenaan akan menghimpun, menyimpan dan menganalis­is bacaan glukosa darah pelanggan pada masa sebenar. Melalui aplikasi yang mudah digunakan ini, pelanggan akan mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana aktiviti harian mereka boleh mempengaru­hi keputusan glukosa darah yang seterusnya mungkin menjejaska­n pengurusan diabetes mereka.

Pelanggan sugO365 juga akan mendapat penjagaan khusus daripada profesiona­l penjagaan kesihatan bertauliah Alpro Pharmacy termasuk ahli farmasi, pakar pemakanan dan dietitian, melalui perbualan dalam taliasecar­a langsung (LIVE CHAT) dan konsultans­i bersemuka. Terdapat juga webinar dan panduan penjagaan kesihatan diabetes kepada pelanggan.

Menurut Pengarah Penjenamaa­n, Promosi dan Pemasaran Dagangan Alpro Pharmacy Ph. Lee Yin Chen, Persatuan Diabetes Amerika Syarikat (ADA) menganggar­kan kos perubatan individu yang hidup dengan diabetes adalah kira-kira RM71,000 (AS$16,750) setahun dan daripada jumlah itu, RM4,100 (AS$9,601) berpunca daripada rawatan diabetes. Angka ini adalah lebih daripada dua kali ganda kos perubatan yang ditanggung oleh mereka tanpa diabetes.

“Menerusi sugO365, kami mampu membantu mengurangk­an beban pesakit yang berhadapan dengan perbelanja­an diabetes yang tinggi. Paling penting, mereka akan dapat akses kepada maklumat yang tepat hanya di hujung jari mereka.

“Melangkah ke hadapan, kedua-dua Ascensia dan Alpro akan terus membawakan lebih banyak ciri-ciri kepada pelan langganan ini. Matlamat utama kami adalah untuk menggalakk­an rakyat

Malaysia untuk menjaga kehidupan mereka sendiri dan menggalakk­an mereka yang tersayang untuk melakukan perkara yang sama,” katanya.

SugOVIP, pelan paling komprehens­if di bawah sugO365, ditawarkan pada harga RM360 ke atas bagi tempoh setahun dan boleh dilanggani oleh semua ahli Alpro Pharmacy. Bersempena dengan pelancaran pelan sugO365, pelanggan Alpro Pharmacy yang berjaya melanggan Insurans MSIG Gluco SafeGuard semasa tempoh kempen akan layak menerima pakej sugOVIP yang bernilai RM360 secara percuma.

Untuk maklumat lanjut berkenaan sug0365, sila layari www.sugo365.com.my atau berkunjung ke Alpro Pharmacy yang berhampira­n.

 ??  ?? SESI DIALOG: Endokrinol­ogi Dr. Chooi Kheng Chiew, Pengarah Penjenamaa­n, Promosi dan Pemasaran Dagangan Alpro Pharmacy Ph. Lee Yin Chen, Pengarah Urusan Ascensia Diabetes Care Malaysia Maximillia­n Lim, Zeff Tan dan Kelly Gan, semasa sesi dialog mengenai ‘Importance of Effective Diabetes Self-Management’ yang diadakan sempena pelancaran sugO365.
SESI DIALOG: Endokrinol­ogi Dr. Chooi Kheng Chiew, Pengarah Penjenamaa­n, Promosi dan Pemasaran Dagangan Alpro Pharmacy Ph. Lee Yin Chen, Pengarah Urusan Ascensia Diabetes Care Malaysia Maximillia­n Lim, Zeff Tan dan Kelly Gan, semasa sesi dialog mengenai ‘Importance of Effective Diabetes Self-Management’ yang diadakan sempena pelancaran sugO365.
 ??  ?? LANCAR: Lee Yin Chen dan Maximilian Lim semasa pelancaran sugO365, sebuah pelan langgangan diabetes yang pertama di Malaysia.
LANCAR: Lee Yin Chen dan Maximilian Lim semasa pelancaran sugO365, sebuah pelan langgangan diabetes yang pertama di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia