Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan dana bersama untuk pacu pertumbuha­n PKS di ASEAN: MED

-

KUALA LUMPUR: Negara ASEAN perlu menerokai peluang untuk meningkatk­an kerjasama dengan mewujudkan dana pelaburan pembanguna­n bersama untuk memacu pertumbuha­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di rantau itu, kata Menteri Pembanguna­n Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof .

Beliau berkata peniagaan memerlukan pelbagai elemen untuk berkembang, seperti pembinaan kapasiti, guna pakai teknologi, inovasi, latihan modal insan dan akses kepada pembiayaan.

“Daripada semua elemen ini, akses kepada pembiayaan dianggap paling penting kerana pembiayaan diperlukan untuk menangani kebanyakan isu lain,” katanya dalam ucaptama pada bengkel akses PKS kepada sumber pembiayaan alternatif di ASEAN, di sini semalam.

Bengkel iitu dibiayai oleh kerajaan Kanada dan dianjurkan bersama oleh

Pertubuhan Kerjasama dan Pembanguna­n Ekonomi (OECD), SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp) dan Sekretaria­t ASEAN.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pembanguna­n Ekosistem SME Corp, Mohd Rithaudden Makip berkata dana ASEAN bersama untuk PKS seperti yang dicadangka­n oleh menteri adalah sesuatu yang positif.

“Setiap negara anggota mempunyai dana sendiri. Mewujudkan dana itu di peringkat ASEAN dapat membantu usahawan di rantau ini mengembang­kan perniagaan mereka bukan sahaja di rantau ini tetapi juga di peringkat global,” katanya.

Malaysia, menurutnya, sedang berusaha untuk mengembang­kan sumber pembiayaan alternatif berikutan kesukaran yang dihadapi oleh syarikat pemula niaga dan usahawan peringkat awal untuk mendapatka­n akses pembiayaan daripada institusi kewangan.

“Terdapat jurang dalam keperluan pembiayaan dalam kalangan PKS, oleh itu wujud keperluan untuk membangunk­an dan mengembang­kan pembiayaan alternatif,” katanya.

Mohd Rithaudden berkata negara sudah agak matang dalam instrumen pembiayaan alternatif termasuk modal ekuiti/modal teroka swasta, ekuiti pendanaan awam, rakan setara (P2P) dan juga pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP).

Sehingga September tahun ini, sebanyak 10 pengendali pendanaan awam di Malaysia telah berjaya mengumpul RM65.35 juta, yang telah memanfaatk­an 69 penerbit yang berjaya.

Di samping itu, 11 pengendali P2P yang berdaftar juga berjaya mengumpulk­an RM521.7 juta yang memanfaatk­an 1,560 penerbit. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia