Utusan Borneo (Sabah)

CMSB rai anugerah ‘BrandLaure­ate - Conglomera­te Award 2019’

-

KUCHING: Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB) meraikan anugerah berprestij yang menjadi rebutan iaitu ‘BrandLaure­ate - Conglomera­te Award 2019’ yang dimenangi pihaknya baru-baru ini.

Pihak CMSB bukan sahaja mencapai visi untuk menjadi ‘Kebanggaan­Sarawak’tetapijuga mencipta visi baharu iaitu untuk menjadi antara syarikat yang paling dikagumi di negeri ini.

The World Brands Foundation telah menyampaik­an ‘Anugerah Jenama Terbaik Dunia BrandLaure­ate 2019 Conglomera­te’kepadaPeng­arah Urusan Kumpulan CMSB Dato Isaac Lugun di dalam sebuah majlis yang diadakan di Singapura pada 31 Oktober lalu.

Isaac di dalam kenyataan akhbarnya semalam berkata, syarikat CMS telah berusaha dengan gigih untuk memberikan kecemerlan­gan mutlak kepada semua pemegang berkepenti­ngan mereka.

“Ini termasuk pelanggan, rakan kongsi, pekerja atau komuniti tempat mereka beroperasi,” katanya.

Penerima anugerah dinilai berdasarka­n tujuh kriteria iaitu kekuatan dan prestasi jenama, inovasi dalam pembanguna­n produk dan kaitan produk, faktor penglibata­n jenama dengan pelanggann­ya, keupayaan untuk mempengaru­hi industri dengan kepakaran dan pengetahua­nnya.

Kriteria lain adalah keupayaan untuk mempengaru­hi dan memberi kesan kepada masyarakat melalui produk dan perkhidmat­annya, jenama dihormati oleh pesaing dan diikuti dengan inisiatifn­ya dan sumbangan kepada industri, masyarakat dan pembanguna­n negara.

“Untuk tahun ini sahaja kami telah memenangi anugerah CSR global sekali gus mengekalka­n kedudukan FTSE4Good kami dan kini kami menambah BrandLaure­ate ke senarai penghargaa­n kami.

“Anugerah ini merupakan bukti komitmen dan dedikasi semua kakitangan CMS, dan untukmener­imaanugera­hpada malam ini bagi pihak mereka adalah satu penghormat­an buat saya,” Isaac.

 ??  ?? CIPTA VISI BAHARU: Isaac Lugun menerima Anugerah BrandLaure­ate 2019.
CIPTA VISI BAHARU: Isaac Lugun menerima Anugerah BrandLaure­ate 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia