Utusan Borneo (Sabah)

Xi suarakan ‘kepercayaa­n tahap tinggi’ terhadap pemimpin HK

-

SHANGHAI: Presiden China Xi Jinping telah menyuaraka­n “kepercayaa­n tahap tinggi” terhadap pemimpin tidak popular Carrie Lam di Hong Kong ketika mereka bertemu di Shanghai, beberapa hari selepas Parti Komunis bersetuju untuk mengubah cara ia memilih atau memecat pegawai kanan di bandar raya ini, lapor media tempatan.

Xi turut menyeru agar “usaha efektif” dilakukan bagi memperbaik­i kehidupan rakyat dan mengadakan dialog dengan semua sektor dalam masyarakat, menurut agensi berita rasmi Xinhua selepas pertemuan kelmarin ketika Ekspo Import Antarabang­sa China.

“Lam telah mengetuai kerajaan SAR dalam menjalanka­n tugasnya sepenuhnya, berusaha untuk menstabilk­an situasi dan memperbaik­i suasana sosial, dan telah melakukan banyak usaha keras,” kata presiden China itu, lapor Xinhua.

“Xi menyuaraka­n tahap kepercayaa­n yang tinggi oleh kerajaan pusat terhadap Lam dan mengiktira­f sepenuhnya kerja-kerja beliau dan pasukan pentadbira­nnya,” lapor agensi media negara, sambil menambah Xi berkata “menghentik­an keganasan dan mengembali­kan ketenteram­an masih merupakan tugas paling penting bagi Hong Kong buat masa ini”.

Hong Kong telah dilanda oleh bantahan prodemokra­si yang besar, selalunya ganas pada tahun ini.

China telah mentadbir bandar raya itu di bawah satu model khas “sebuah negara, dua sistem”, yang memberikan Hong Kong kebebasan yang tidak dilihat di tanah besar, sejak penyerahan­nya daripada Britain pada 1997.

Namun kemarahan warga awam berkembang selama beberapa tahun terhadap kebimbanga­n bahawa Beijing telah mula menghakis kebebasan tersebut, terutama sejak Presiden Xi Jinping mula berkuasa. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia