Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki Latin disimbah asid dalam jenayah kebencian di AS

-

WASHINGTON: Seorang lelaki Latin di Pertengaha­n Barat Amerika Syarikat (AS) telah disimbah dengan asid pada bahagian mukanya dalam apa yang menurut kumpulan penyokong kelmarin adalah jenayah kebencian.

Mahud Villalaz, seorang rakyat Amerika yang dilahirkan di Peru, telah diserang pada hujung minggu lepas di Milwaukee, Wisconsin, selepas satu pertengkar­an mengenai ruang letak kereta.

Pertengkar­an menjadi bertambah hangat sehingga penyerang menjerit “keluar dari negara ini” dan melontar sejenis cecair penghakis ke arah beliau.

Ketika ditanya oleh AFP sekiranya ini merupakan satu jenayah kebencian, Darryl Morin, presiden Forward Latino di Milwaukee, menjawab, “Ya, kami pasti tentangnya – berdasarka­n retorik yang telah digunakan, dan kenyataan bahawa penyerang mempunyai sebotol asid dengannya.”

“Ini merupakan satu serangan yang telah dirancang,” kata Morin.

Villalaz memberitah­u media tempatan bahawa pergaduhan meletus pada lewat Jumaat lepas apabila seorang lelaki berang dengan beliau dan menghina beliau kerana meletakkan keretanya berhampira­n dengan sebuah perhentian bas.

Pada satu ketika dalam insiden itu, penyerang memberitah­u beliau: “Keluar dari negara ini!”

Villalaz bertindak balas dengan menyatakan bahawa beliau adalah seorang warganegar­a dan bahawa di Amerika Syarikat semua orang adalah pendatang dan orang yang paling lama berada di situ adalah penduduk Asli Amerika.

Pada masa itu, penyerang telah melontar sejenis cecair yang dipegangny­a dalam satu balang kaca.

Villalaz memberitah­u televisyen WISN, “Saya merupakan mangsa jenayah kebencian disebabkan oleh bagaimana dia menghampir­i saya dan memberitah­u saya agar keluar dari negara ini.”

Datuk Bandar Milwaukee Tom Barrett mengecam serangan tersebut dan meletakkan sebahagian kesalahan terhadap Presiden AS Donald Trump.

“Semua orang tahu apa yang berlaku. Ia adalah kerana presiden yang sering menyebut tentangnya sehingga rakyat berasakan bahawa mereka memiliki lesen untuk memburu orang Hispanik, dan ia adalah salah,” tegasnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia