Utusan Borneo (Sabah)

Helikopter bawa presiden Bolivia melakukan pendaratan kecemasan

-

LA PAZ: Sebuah helikopter membawa Presiden Bolivia Evo Morales melakukan pendaratan kecemasan kelmarin disebabkan oleh masalah mekanikal, kata pihak tentera, yang mencetuska­n kecurigaan di kalangan penyokongn­ya selepas penentang bersumpah akan mengguling­kan beliau.

Tiada sesiapa yang tercedera, menurut pasukan tentera udara, namun insiden tersebut meningkatk­an ketegangan di negara di mana penunjuk perasaan telah mengadakan rali menentang presiden haluan kiri itu selama dua minggu.

“Helikopter EC-145 mengalami masalah teknikal di bahagian rotor ekornya ketika berlepas, yang membawa kepada pendaratan kecemasan,” kata Tentera Udara Bolivia dalam satu kenyataan.

Masalah berlaku ketika helikopter itu berlepas dari sebuah kampung di Andes di mana Morales telah merasmikan sebatang jalan raya baharu, katanya. Rakaman video insiden telah disebarkan di media sosial.

Pasukan tentera udara berkata, ia sedang menyiasat punca masalah tersebut.

Pada Sabtu lepas, seorang pemimpin pembangkan­g konservati­f di timur wilayah

Santa Cruz, Luis Fernando Camacho, mengugut untuk “mengambil tindakan tegas” pada malam kelmarin bagi mengguling­kan Morales dari berkuasa.

Keganasan berdarah membelengg­u negara Amerika Selatan itu sejak Morales dinamakan sebagai pemenang pilihan raya pada 20 Oktober untuk penggal keempat.

Penentangn­ya menyelar keputusan itu sebagai satu penipuan, memetik tentang keganjilan dalam pengiraan undi.

Lawan Morales dalam pilihan raya itu, Carlos Mesa, telah meminta pengundian baharu diadakan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia