Utusan Borneo (Sabah)

Turki tangkap kakak pemimpin Daesh al-Baghdadi

-

WASHINGTON: Turki menangkap kakak pemimpin Daesh Abu Bakr al-Baghdadi yang telah meninggal dunia di pekan Azaz di utara Syria kelmarin dan sedang menyoal siasat suami dan menantu perempuann­ya yang turut ditahan, seorang pegawai kanan Turki memberitah­u Reuters.

Rasmiya Awad, 65, ditangkap ketika serbuan berhampira­n Azaz, kata pegawai tersebut, merujuk kepada sebuah pekan Syria yang dikawal oleh Turki berhampira­n sempadan. Ketika ditangkap, dia turut ditemani oleh lima anaknya.

“Kami berharap untuk mengumpul maklumat daripada kakak al-Baghdadi mengenai urusan dalaman ISIS,” kata pihak berkuasa.

Hanya sedikit maklumat bebas diperolehi mengenai kakak al-Baghdadi dan Reuters tidak dapat mengesahka­n dengan segera sekiranya individu yang ditangkap adalah dia.

Al-Baghdadi membunuh dirinya sendiri pada bulan lepas ketika dikepung di dalam sebuah terowong semasa serbuan oleh pasukan tentera khas Amerika Syarikat (AS) di barat laut Syria.

Kumpulan Daesh, dalam satu pita audio dihantar secara dalam talian pada Khamis lepas, mengesahka­n bahawa pemimpinny­a telah meninggal dunia dan berjanji akan membalas dendam terhadap AS.

Al-Baghdadi telah bangkit daripada seorang yang tidak dikenali untuk mengetuai kumpulan ultrapenen­tang dan mengumumka­n dirinya sendiri sebagai “khalifah” untuk semua penduduk Islam, menawan beberapa kawasan luas di Iraq dan Syria dari 2014 hingga 2017 sebelum kawalan oleh Daesh dirampas oleh tentera pakatan AS termasuk pihak Iraq dan Kurdis Syria.

Kumpulan itu, turut dikenali sebagai ISIS, berkata

Abu Ibrahim al-Hashemi al-Quraishi telah dilantik sebagai pengganti al-Baghdadi. Pada minggu lepas seorang pegawai kanan AS menyatakan Washington sedang memburu pemimpin baharu itu bagi menentukan asal usulnya.

Para pemimpin dunia menerima baik berita kematian al-Baghdadi, namun mereka dan pakar keselamata­n memberi amaran bahawa kumpulan itu, yang melakukan kekejaman terhadap puak minoriti dan menakutkan kebanyakan penduduk Islam, kekal sebagai satu ancaman keselamata­n di Syria dan tempat lain. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? DITANGKAP: Gambar serahan pegawai keselamata­n Turki menunjukka­n Rasmiya Awad yang ditangkap di pekan Azaz di utara Syria kelmarin.
— Gambar Reuters DITANGKAP: Gambar serahan pegawai keselamata­n Turki menunjukka­n Rasmiya Awad yang ditangkap di pekan Azaz di utara Syria kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia