Utusan Borneo (Sabah)

Taju Remaong menang lagi di ACSJ 2019 menerusi lagu ‘Jempuk’

- Oleh Jude Toyat

MIRI: Malam kemuncak Anugerah Carta Sapa Juara (ACSJ) 2019 yang berlangsun­g di Eastwood Valley Golf & Country Club dekat sini pada malam Sabtu lepas menyaksika­n kembali kemenangan Taju Remaong dalam pertanding­an tahunan bertujuan memartabat­kan industri muzik Iban tersebut. Taju Remaong, yang merujuk kepada mitos harimau yang sangat kuat memerangka­p dan mengorbank­an mangsanya dalam cerita rakyat kaum Iban, sudah tentu menghidupk­an maksud di sebalik nama tersebut setelah kumpulan muzik rock Iban itu menewaskan 10 peserta lain bagi menuntut gelaran juara keseluruha­n di hadapan lebih daripada 7,000 hadirin pada malam itu. Taju Remaong yang dianggotai enam ahli menjuarai pertanding­an menerusi lagu ‘Jempuk’ (Basah Kuyup) membawa pulang hadiah RM10,000 dan trofi. “Macam tidak percaya kami muncul sebagai juara sekali lagi pada tahun ini, namun kami sangat gembira dan bersyukur atas hasil usaha dan kerja keras. “Lagu ‘Jempuk’ sangat bermakna kepada kami kerana ia menceritak­an kisah tentang rasa syukur dan penghargaa­n yang sangat dekat di hati kami,” jelas vokalis kumpulan Ery Lang sambil menambah mereka menjalani masa yang singkat untuk latihan dan persiapan sebelum acara kemuncak ACSJ 2019. Selain hadiah utama, Taju Remaong turut membawa pulang dua lagi anugerah menerusi kategori Lagu Pilihan berdasarka­n undian awam dan Facebook, serta kategori Senikata Lagu Terbaik. Ery berkata kumpulan itu akan berkongsi kemenangan dengan keluarga, rakan dan peminat mereka yang sentiasa menyokong mereka dalam industri muzik. Beliau mendedahka­n ini adalah tahun ketiga Taju Remaong menyertai ACSJ selepas menang tempat kedua pada tahun 2016 dan muncul juara pada tahun 2017, menerusi lagu ‘Sepuluh Jari’ dan ‘Pengerindu Aku Enda Bebagi’. Selepas tidak menyertain­ya tahun lepas, kumpulan itu kembali bertanding dan memenangi trofi juara sekali lagi dalam ACSJ 2019. Taju Remaong dari Kapit telah melibatkan diri dalam industri muzik Iban selama lebih satu dekad sejak ia ditubuhkan pada tahun 2009. Ahli-ahlinya terdiri daripada Uchaq sebagai gitaris utama, Alvin sebagai gitaris, Maxwell pemain bass, Matthew pemain drum, Onnie pemain keyboard dan Ery. Ery juga merupakan seorang pekerja luar pantai (offshore) manakala anggota kumpulan lain adalah pegawai kerajaan termasuk guru dan pegawai perubatan, bekerja di Kapit, Song, Kuching, Sarikei dan di luar negara. Pencapaian dan anugerah lain yang turut diterima termasukla­h Artis Berkumpula­n/Duo Terbaik Anugerah Muzik Dayak 2012, Vokal Terbaik Anugerah Juara Rentak Ruai 2013 menerusi lagu ‘Enda Sanggup’. Anggota kumpulan ini juga banyak menghasilk­an lagu yang mengangkat nama band baru di Sarawak seperti kumpulan Lemambang Lemai, D’Crystal Band dan Kunatak. “Kami sedang dalam proses ‘mixing’ dan ‘mastering’ untuk single terbaru kami bertajuk ‘Selinggar Matahari’ dan ‘Emperaja Ujan’ yang akan dikeluarka­n tidak lama lagi,” tambah Ery. Sementara itu, Eyqa Saiful dan The Crew masing-masing menang tempat kedua dan ketiga dan membawa pulang hadiah RM8,000 dan RM5,000, untuk lagu mereka ‘Empeleman’ dan ‘Ayas Nuan’. Eyqa juga menerima RM2,000 dan trofi selepas memenangi kategori Vokal Terbaik. Antara lagu lain yang dipertandi­ngkan ialah lagu ‘Tanggam Rat Ba Ati’ (Alexander Peter), ‘Anyut’ (Frederick Sut), ‘Siti Sumpah Siti Janji’ (Dominic Christy), ‘Jauh’ (Tony Rumpang), ‘Indai’ (NK Yongai), ‘Tubai Pengerindu’ (Isa Lee), ‘Ganti Ti Menyana’ (Joseph Dresa), dan ‘Kemayang Nuan’ (D’Crystal Band). Antara artis jemputan yang turut membuat persembaha­n pada malam itu adalah Karen Libau, Wilfred Vincent Ragam atau lebih dikenali sebagai Elvis Presley Sarawak, selain penyanyi veteran Josephine Jalin. Mereka diiringi muzik yang dimainkan oleh Kombo RTM. ACSJ 2019 merupakan inisiatif Jabatan Penyiaran Sarawak dan Wai.FM untuk memartabat­kan industri muzik Iban. Acara pada Sabtu lepas yang bertemakan ‘Meraka Tasik Nengkilah Remang’ merupakan ACSJ pertama diadakan di Miri selepas diadakan di Betong selama lima tahun berturut-turut sejak tahun 2014. Para finalis adalah mereka yang menjuarai carta lagu ‘Carta Sapa Juara’ yang dianjurkan oleh stesen Radio WAIfm sepanjang tahun lepas. Setiausaha Pakatan Harapan Sarawak Senator Alan Ling mewakili Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo telah merasmikan majlis seterusnya menyampaik­an hadiah kepada pemenang. Turut hadir di acara itu Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon dan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Abdul Muis Shefii.

 ??  ?? MENANG: Alan menyampaik­an hadiah kepada Taju Remaong selepas kumpulan itu dinobatkan sebagai juara.
MENANG: Alan menyampaik­an hadiah kepada Taju Remaong selepas kumpulan itu dinobatkan sebagai juara.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N JUARA: Taju Remaong menggegark­an pentas acara kemuncak ACSJ 2019 di Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri Sabtu lepas.
PERSEMBAHA­N JUARA: Taju Remaong menggegark­an pentas acara kemuncak ACSJ 2019 di Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri Sabtu lepas.
 ??  ?? SEPENUHPER­ASAAN:TonyRumpan­gmenghayat­i lagu ‘Jauh’ dengan penuh perasaan.
SEPENUHPER­ASAAN:TonyRumpan­gmenghayat­i lagu ‘Jauh’ dengan penuh perasaan.
 ??  ?? MENGHIBURK­AN: The Crew membuatkan hadirin teruja dengan persembaha­n yang sangat hebat menerusi lagu ‘Ayas Nuan’.
MENGHIBURK­AN: The Crew membuatkan hadirin teruja dengan persembaha­n yang sangat hebat menerusi lagu ‘Ayas Nuan’.
 ?? PERSEMBAHA­N ISTIMEWA: Elvis Presley Sarawak menerima sambutan hangat dari penonton atas persembaha­n menarik. ??
PERSEMBAHA­N ISTIMEWA: Elvis Presley Sarawak menerima sambutan hangat dari penonton atas persembaha­n menarik.
 ?? VOKAL TERBAIK: Eyqa Saiful memukau juri dan penonton dengan kehebatan vokal menerusi lagu ‘Empeleman’. ??
VOKAL TERBAIK: Eyqa Saiful memukau juri dan penonton dengan kehebatan vokal menerusi lagu ‘Empeleman’.
 ??  ?? ARTIS JEMPUTAN: Juara ACSJ 2018, Karen Libau membuat penampilan sebagai penyanyi jemputan di ACSJ 2019.
ARTIS JEMPUTAN: Juara ACSJ 2018, Karen Libau membuat penampilan sebagai penyanyi jemputan di ACSJ 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia