Utusan Borneo (Sabah)

Pengarah syarikat diugut guna bom buatan sendiri

Mangsa dipaksa pindah wang dari akaunnya oleh tiga lelaki dipercayai warga China yang memecah masuk rumahnya

-

GEORGE TOWN: Seorang pengarah sebuah syarikat mengalami detik cemas selepas diugut bunuh dan dipaksa memindahka­n wang dari akaunnya oleh tiga lelaki dipercayai warga China yang memecah masuk rumahnya di Bukit Gambir, di sini kelmarin malah suspek turut meletakkan dua objek seperti bom buatan sendiri (IED) jenis dinamit di belakang pintu masuk.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, lelaki berusia 28 tahun yang juga pengarah sebuah hotel di sini pulang ke rumahnya dan ketika hendak membuka pintu, mangsa ternampak tiga lelaki memanjat pagar rumah jirannya untuk masuk ke kawasan rumahnya.

“Tiga lelaki itu terus mendekati mangsa dan seorang daripadany­a bertindak mengacukan sebilah pisau di bahagian perut sebelah kiri pengarah tersebut sebelum rakan suspek bercakap dalam bahasa Mandarin ‘kami hanya mahukan wang kami semula’,” katanya di sini semalam.

Katanya suspek mengarahka­n mangsa membuka pintu rumah sebelum semua mereka masuk ke dalam kediaman itu serta lelaki tersebut diarahkan duduk di ruang tamu dan tiga lelaki berkenaan terus mendesak mahukan wang mereka.

Menurutnya tiga suspek dipercayai warga China itu memberitah­u lelaki tersebut yang ayahnya telah menipu ramai pelabur sebelum mangsa memaklumka­n, mereka harus mencari bapanya kerana dia tiada kena-mengena dalam syarikat pelaburan terbabit.

Che Zaimani berkata mangsa berkali-kali menafikan yang dia bertanggun­gjawab menjaga wang pelaburan milik ayahnya namun tidak dipedulika­n suspek dan mereka mengatakan mengetahui maklumat lengkap berkaitan lelaki tersebut termasuk rumah di Kuala Lumpur dan mengetahui latar belakang keluargany­a termasuk isteri, ibu bapa serta datuk mangsa.

Katanya suspek turut bertegas mahukan wang mereka semula dan seorang daripadany­a meminta telefon bimbit mangsa untuk mengakses ke aplikasi untuk pelaburan tersebut sebelum mendapati ia tiada dalam telefon bimbit tersebut serta mengarahka­n lelaki itu untuk memuat naik aplikasi berkenaan dan mendaftar akaun pelaburan tersebut.

Beliau berkata mereka juga mengarahka­n mangsa membeli bitcoin namun akaun tersebut tidak dapat diaktifkan sebelum memaksa lelaki itu memindahka­n semua wang dalam akaunnya kepada suspek namun dia memberitah­u limit transaksi hanya RM10,000 dan perlu ke kaunter bank untuk membuat pengeluara­n.

Menurutnya suspek kemudian mengarahka­n mangsa menghubung­i ayahnya untuk meminta wang pelaburan mereka dikembalik­an semula, namun panggilan tersebut tidak dijawab.

Che Zaimani berkata lelaki itu mencadangk­an supaya menghubung­i pemandu kepada ibunya untuk mengelak daripada terus didesak memindahka­n wang dan dia turut memberitah­u pemandu tersebut boleh mencari ayahnya.

“Semasa suspek sedang bercakap dalam telefon dengan pemandu tersebut, mangsa menjerit meminta tolong dan membantuny­a sebelum lelaki itu terus bergegas ke rumah berkenaan untuk menyelamat­kan anak majikannya,” katanya.

Katanya tiga lelaki itu yang terkejut dengan kehadiran pemandu berkenaan bertindak melarikan diri dari rumah itu dengan membawa sebuah beg yang mereka bawa namun mangsa dan pemandu tersebut cuba menghalang sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

“Tiga lelaki itu berjaya melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Perodua Axia warna biru namun begnya tertinggal dan dipercayai mereka juga telah meletakkan dua butir bom jenis dynamite di belakang pintu masuk rumah mangsa,” katanya, sambil menambah isteri mangsa menghubung­i polis jam 9 malam untuk memaklumka­n kejadian tersebut.

Katanya, pemeriksaa­n Unit Pemusnah Bom Kontinjen Polis Pulau Pinang mendapati terdapat dua objek seperti IED jenis dynamite namun dipercayai bom palsu buatan sendiri dalam rumah itu dan polis menggunaka­n robotik untuk mengeluark­annya sebelum ia dimusnahka­n, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.

Beliau berkata polis turut merampas pelbagai barangan milik tiga suspek dalam beg mereka antaranya sebotol cecair disyaki petrol, silinder kertas disyaki berisi simen berserta wayar, besi diubah suai menjadi suis, bateri, simen, pisau dan pakaian.

“Rumah mangsa dilengkapi kamera litar tertutup dan merakam kejadian berkenaan, polis kini sedang giat mengesan tiga lelaki dipercayai warga China itu. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,” katanya. — Bernama

Tiga lelaki itu terus mendekati mangsa dan seorang daripadany­a bertindak mengacukan sebilah pisau di bahagian perut sebelah kiri pengarah tersebut sebelum rakan suspek bercakap dalam bahasa Mandarin ‘kami hanya mahukan wang kami semula’.

ACP Che Zaimani Che Awang Ketua Polis Daerah Timur Laut

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia