Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki dipenjara tujuh tahun, dua sebatan samun pelajar perempuan

-

KUANTAN: Seorang pembantu kedai makan, terpaksa merengkuk selama tujuh tahun di dalam penjara dan menerima dua sebatan, sebagai hukuman kerana telah menyamun seorang pelajar perempuan, dua bulan lepas.

Hakim Dazuki Ali menjatuhka­n hukuman itu ke atas Sheikh Norafzan Abdul Ghani, 31, yang berasal dari Wakaf Bharu, Kelantan, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan itu, di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Dalam penghakima­nnya, Dazuki menasihati tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahann­ya dan berkata lelaki itu seharusnya berfikir panjang sebelum terlibat dalam jenayah yang boleh membahayak­an nyawa orang lain.

“Awak masih bernasib baik kerana tidak menikam mangsa memandangk­an awak bersenjata. Jika awak yang disamun, adakah awak marah? Atau jika kejadian sama berlaku terhadap adik atau waris awak?

“Kesalahan yang dilakukan adalah serius. Saya lihat awak juga bernasib baik kerana mangsa tidak jatuh semasa awak menarik beg sandangnya. Jika mangsa cedera, keadaannya mungkin lebih teruk untuk awak,” kata hakim itu yang mengarahka­n tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan pada 16 Sept lepas.

Mengikut pertuduhan, Sheikh Norafzan didakwa menyamun Heng Khai Qi, 15, pada 4.00 pagi, 11 Sept lepas di Lorong Indera Mahkota 6/2 di sini, dengan melarikan beg sandang mangsa yang mengandung­i wang tunai RM400 dan dua telefon pintar jenama iPhone dan Huawei.

Mangsa, yang ketika kejadian dikatakan baharu pulang dari restoran makanan segera berhampira­n, mendakwa kerugian kira-kira RM1,000.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau sebat.

Terdahulu, tertuduh yang berbaju-T hitam serta berseluar jeans biru dan tidak diwakili peguam merayu hukuman terhadapny­a diringanka­n atas alasan perlu menjaga adik-beradiknya memandangk­an ibu bapa mereka sudah meninggal dunia.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Haryati Abdullah memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal kerana tertuduh menggunaka­n pisau dan telah mengejar mangsa ketika kejadian itu, selain turut mempunyai rekod kesalahan lampau menceroboh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia