Utusan Borneo (Sabah)

Suri rumah mangsa penipuan syiling lama

-

KUANTAN: Seorang suri rumah mendakwa kerugian RM7,500 selepas terperdaya dengan tawaran membeli syiling lama oleh individu tidak dikenali, bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 36 tahun itu mendakwa menerima pesanan WhatsApp pada 25 Okt lalu daripada lelaki dikenali sebagai Mr Kaypaul mendakwa mencari syiling lama.

“Mangsa tertarik dengan tawaran harga tinggi menyebabka­n dia bersetuju menjual wang lama miliknya pada harga RM5,000 dengan persetujua­n bayaran diselesaik­an pada hari yang sama.

“Pada jam 1.26 petang, suspek memaklumka­n wang sudah dipindahka­n ke akaun mangsa namun mangsa perlu membuat beberapa bayaran sebelum boleh mengeluark­an wang itu kerana melibatkan transaksi luar negara,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. Mohd Wazir berkata mangsa yang mempercaya­i dakwaan itu telah memasukkan wang ke dalam empat akaun diberikan suspek sebanyak 20 kali secara beransur-ansur sehingga semalam, yang akhirnya berjumlah RM7,500.

Mangsa bagaimanap­un, berasa curiga kerana bayaran yang dijanjikan tidak pernah diterima menyebabka­n dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh dekat sini kelmarin dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada kes berasingan, impian seorang tukang kebun membesarka­n perniagaan menjual perkakas pertanian miliknya tidak kesampaian selepas ditipu oleh syarikat pemberi pinjaman kewangan tidak wujud dalam talian, sehingga kerugian RM20,200.

Mohd Wazir berkata mangsa, 25, yang berasal dari Cameron Highlands dekat sini, mendakwa membaca iklan syarikat itu sekitar Oktober lepas, dan berurusan dengan suspek dikenali sebagai Kent bagi mendapatka­n pinjaman sebanyak RM30,000.

“Suspek memberitah­u permohonan itu diluluskan sertamerta dengan bayaran balik sebanyak RM780 selama empat tahun, namun mangsa perlu menjelaska­n bayaran pentadbira­n dan yuran guaman sebelum memperoleh wang pinjaman.

“Mangsa mendakwa hanya menyedari ditipu selepas mengira wang yang telah dibayar semakin hampir dengan jumlah pinjaman menyebabka­n dia membuat laporan polis,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia