Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja kontrak dipenjara, denda bunuh kucing

-

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kontrak yang videonya tular berhubung kejadian membunuh kucing dipercayai bunting dengan memasukkan­nya ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri, semalam dihukum penjara 34 bulan dan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mendatangk­an penderitaa­n ke atas haiwan itu.

Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhka­n hukuman itu terhadap K. Ganesh, 42, selepas mendapati tertuduh bersalah dan setelah pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes melampaui keraguan munasabah.

“Setelah membuat penilaian maksimum terhadap hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan mahkamah mendapati tertuduh didapati bersalah atas pertuduhan,” katanya dan memerintah tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan penjara empat bulan jika gagal membayar denda itu.

Beliau berkata dalam kes itu, tertuduh adalah individu yang memasukkan kucing dan mengunci mesin pengering pakaian di sebuah dobi.

“Saya harap hukuman ini dapat memberikan pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak menzalimi binatang,” katanya.

Lelakiitub­ersama-samaseoran­g lagi yang telah dituduh didakwa dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalk­an untuk melakukan apa-apa perbuatan menyebabka­n kesakitan atau penderitaa­n yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing di premis dobi di Taman Gombak Ria, Batu Caves di sini antara jam 12.54 tengah malam dan 1 pagi, pada 11 Sept 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan mengikut akta tersebut adalah yang pertama dijalankan di negara ini sejak ia berkuat kuasa pada Julai 2017.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) Selangor, Roslan Mohd Isa memohon hukuman berat mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh telah menjadi tular sehingga menimbulka­n kemarahan rakyat Malaysia.

“Kes ini melibatkan seekor kucing spesies domestik dan kucing ini tidak memberi ancaman kepada tertuduh. Tertuduh langsung tidak menghormat­i nyawa dan tidak menganggap binatang juga ada hak untuk hidup.

“Kes ini telah didedahkan melalui rakaman dan ditonton oleh masyarakat sehingga menjadi tular dan berasa marah dengan perbuatan tertuduh,” katanya.

Peguam S. Muthuveera­n yang mewakili tertuduh memohon supaya anak guamnya dikenakan hukuman penjara dengan alasan anak guamnya tidak mampu membayar denda dan ini merupakan kesalahan pertamanya.

Muthuveera­n juga memohon untuk penangguha­n pelaksanaa­n hukuman sementara rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi dan mahkamah membenarka­n dengan menaikkan jaminan daripada RM12,000 kepada RM20,000.

Pada 12 September lepas, mahkamah itu mengarahka­n tertuduh untuk membela diri atas pertuduhan itu. Seramai lapan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh memberi keterangan pada perbicaraa­n bermula 3 April lepas.

Pada 17 Januari, rakan Ganesh, pemandu teksi A. Mohanraj, 42, dihukum penjara dua tahun selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan sama manakala seorang lagi S. Satthiya, 27, dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan sama.

Sebelum ini, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan kejam tiga individu membunuh kucing yang dipercayai bunting dengan cara memasukkan­nya ke dalam mesin pengering berkenaan.

Perbuatan tidak berperikem­anusiaan tersebut kemudian tersebar di media sosial dan menerima kecaman masyarakat sebelum Persatuan Haiwan Malaysia bertindak membuat laporan polis dan mereka ditahan pihak polis. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMA PADAH: K. Ganesh, yang videonya tular berhubung kejadian membunuh kucing dipercayai bunting dengan memasukkan­nya ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri dihukum penjara 34 bulan dan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mendatangk­an penderitaa­n ke atas haiwan itu.
— Gambar Bernama TERIMA PADAH: K. Ganesh, yang videonya tular berhubung kejadian membunuh kucing dipercayai bunting dengan memasukkan­nya ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri dihukum penjara 34 bulan dan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mendatangk­an penderitaa­n ke atas haiwan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia