Utusan Borneo (Sabah)

Empat lelaki termasuk dua beradik disyaki edar pil kuda ditahan

-

KOTA BHARU: Empat lelaki termasuk dua beradik ditahan kerana disyaki aktif dalam mengedar dadah ‘yaba’ atau lebih dikenali sebagai pil kuda sejak Oktober lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata susulan penahanan itu oleh sepasukan anggota Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sebuah rumah di Pasir Pekan, Tumpat pada jam 4.05 pagi semalam, pihaknya berjaya merampas 7,800 biji pil yaba bernilai RM117,000.

Beliau berkata keempatemp­at suspek berumur antara 15 dan 24 tahun. Tiga suspek adalah pekerja kedai makan manakala seorang lagi yang berusia 15 tahun adalah pelajar sekolah.

“Siasatan mendapati suspek utama berumur 24 tahun adalah abang kepada pelajar berkenaan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.

Beliau berkata ketika serbuan, semua suspek berada di ruang tamu dan berlaku sedikit pergelutan sebelum mereka berjaya ditahan dan siasatan polis mendapati kumpulan itu mendapatka­n bekalan dadah daripada pembekal di Tumpat.

Kesemua suspek direman mulai semalam hingga 10 Nov ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit bersalah.

Sementara itu, Hasanuddin berkata pada 12.35 tengah malam hari yang sama, polis Tumpat turut menahan seorang lelaki berumur 26 tahun dan merampas dadah dipercayai jenis kodein atau ubat batuk sebanyak 162.9 liter dengan anggaran nilai RM24,444 dalam satu serbuan di Kampung Bunut Sarang Burung.

“Suspek direman mulai 4 hingga 7 November ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) akta yang sama,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Hasanuddin (dua kiri) bersama para pegawainya menunjukka­n sebahagian dadah yang dipercayai pil Yaba dan ubat batuk pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Baharu semalam.
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Hasanuddin (dua kiri) bersama para pegawainya menunjukka­n sebahagian dadah yang dipercayai pil Yaba dan ubat batuk pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Baharu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia