Utusan Borneo (Sabah)

GINTELL perkenal kerusi urut edisi terhad baharu

-

KUCHING: GINTELL baru sahaja memperkena­lkan kerusi urut edisi terhad yang terbaharu, DéSpace U.F.O Royale Blue yang menggunaka­n teknik urutan putaran roda Ai teknologi pertama di dunia.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, ia merupakan kerusi urut yang direka khas dilengkapi ciri urutan terapi yang berkesan untuk otot dalaman.

“GINTELL DéSpace juga merupakan kerusi urut U.F.O yang dilengkapi dengan teknik ‘hybrid’ iaitu teknik urutan seluruh badan yang sempurna dengan urutan teknologi moden.

“Kerusi urut ini dapat memberikan kesan urutan yang khas untuk anda dengan system pengesan Ai, iaitu dapat mengesan kesakitan pada seluruh bahagian tubuh badan anda,” kata kenyataann­ya itu semalam.

GINTELL kini memberi tawaran hebat kepada pelanggan dengan promosi rebat tukar beli sehingga RM5,000 untuk kerusi urut DéSpace U.F.O Royale Blue dan ia tertakluk kepada terma dan syarat pihaknya.

GINTELL Malaysia dan Edaran Tan Chong Motor baru -baru ini meraikan acara ‘Menangi Bintang Hatimu’ pada 2 November lepas di IOI City Mall, Putrajaya.

Oleh itu, GINTELL telah menjemput 10 calon yang bertuahunt­ukmemenang­icabutan bertuah peraduan ‘Menangi Bintang Hatimu’ 2019.

Pemenang utama akan memandu NISSAN SERENA SHYBRID 2.0L PREMIUM HIGHWAY STAR yang bernilai RM143,888 dari Edaran Tan Chong Motor.

GINTELL juga memberikan seunit sofa urut DéVano SL ROSEmantic bernilai RM5,988, dua unit mesin urutan kaki G-Beetle Plus berserta pad terapi denyutan kaki bernilai RMRM2,588 dan 6 unit kerusi senaman HuLaLa bernilai RM1,088 kepada sembilan peserta sebagai tanda penghargaa­n.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi bilik pameran GINTELL yang berhampira­n dengan anda dan juga boleh melayari www.gintell. com atau hubungi khidmat pelanggan +603-6277 9333.

 ??  ?? TUAH BADAN: Ketua Pegawai Operasi (COO) GINTELL, Simon Hue dan pemenang hadiah utama berupa kereta Nissan oleh Yap Chi Ling.
TUAH BADAN: Ketua Pegawai Operasi (COO) GINTELL, Simon Hue dan pemenang hadiah utama berupa kereta Nissan oleh Yap Chi Ling.
 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Pihak Pengurusan GINTELL dan pemenang cabutan bertuah.
RAIKAN BERSAMA: Pihak Pengurusan GINTELL dan pemenang cabutan bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia