Utusan Borneo (Sabah)

Bike-hailing: Proses rintis enam bulan mulai Januari 2020

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membenarka­n syarikat perniagaan pengantara­an yang berminat menyediaka­n perkhidmat­an ‘bike-hailing’ untuk melaksanak­an proses rintis atau ‘Proof of Concept’ (POC) di Kuala Lumpur bagi tempoh enam bulan bermula Januari 2020.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook berkata dalam tempoh POC tersebut, pihak syarikat perniagaan pengantara­an boleh membuat persiapan dan pengujian pelaksanaa­n perkhidmat­an bike-hailing mereka.

“Tempoh POC ini juga akan membolehka­n kerajaan dan syarikat perniagaan pengantara­an mengumpul data, menilai tahap permintaan, menilai tahap penerimaan dan lain-lain keperluan operasi berhubung perkhidmat­an bike-hailing ini,” katanya ketika Waktu Pertanyaan­Pertanyaan Menteri pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Menjawab soalan Nik Nazmi Nik Ahmad (PHSetiawan­gsa) mengenai perkhidmat­an ‘ride hailing’ motosikal, Loke berkata proses rintis bagi kawasan lain akan dipertimba­ng jika ada permohonan.

Antara syarat yang perlu dipatuhi syarikat pengendali dalam melaksanak­an proses POC ialah pemandu mesti mempunyai lesen memandu penuh dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun.

“Hanya satu penumpang dibenarkan dibawa pada satu-satu masa dan umur penumpang hendaklah tidak kurang daripada 18 tahun,” kata Loke.

Syarat lain ialah penggunaan tanda pakaian dan tanda di motosikal yang jelas dan mematuhi semua peraturan jalan raya sepenuhnya.

“Pada masa ini kementeria­n bersama agensi seperti Agensi Pengangkut­an Awam Darat (APAD) dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) sedang memperinci­kan peraturan dan tatacara serta semua persiapan di peringkat pentadbira­n berkaitan pelaksanaa­n POC,” kata menteri itu.

Beliau memaklumka­n bahawa Jemaah Menteri dalam mesyuarat 1 Nov lalu bersetuju supaya syarikat perniagaan pengantara­an yang akan menyediaka­n perkhidmat­an kenderaan perkhidmat­an awam dan kenderaan barangan menggunaka­n motosikal (bike-hailing) dikawal selia melalui kaedah atau peraturan pelesenan di bawah Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (Akta 334) dan Akta Pengangkut­an Awam Darat 2010 (Akta 715).

Loke menjelaska­n tujuan utama kerajaan membenarka­n perkhidmat­an bikehailin­g ini adalah sebagai satu kaedah untuk meningkatk­an tahap liputan perkhidmat­an pengangkut­an awam di negara ini.

“Perkhidmat­an bikehailin­g ini akan menjadi antara komponen penting dalam usaha kerajaan menyediaka­n sistem pengangkut­an awam yang menyeluruh kerana ia akan menjadi satu perkhidmat­an penghubung dalam fasa first and last mile connectivi­ty (batuan pertama dan terakhir),” katanya.

Beliau menambah bahawa Kementeria­n Pengangkut­an pada masa ini sedang dalam proses membangunk­an rangka perundanga­n dan syarat-syarat perkhidmat­an bike-hailing. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia