Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 43,000 operasi dijalankan banteras warga asing berniaga secara haram

-

KUALA LUMPUR: Sejumlah 132,654 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan melalui 43,612 operasi penguatkua­saan terhadap rakyat asing yang berniaga tanpa kebenaran di negara ini dalam tempoh Januari 2017 hingga 31 Ogos tahun ini.

Seramai 3,666 majikan turut ditahan dalam tempoh itu, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata berdasarka­n statistik yang diperoleh daripada Jabatan Imigresen (JIM), seramai 375 PATI dan 54 majikan ditahan dalam 139 operasi penguatkua­saan di pasar borong dalam tempoh 1 Jan hingga 26 Sept tahun ini.

“Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen...selain itu, PBT (pihak berkuasa tempatan) telah ambil tindakan penguatkua­saan bersepadu bersama agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen terhadap warga asing.

“Sehingga kini, 599 operasi penguatkua­saan PBT dan 492 operasi penguatkua­saan bersepadu melibatkan pelbagai agensi lain terhadap warga asing dijalankan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Su Keong Siong (PHKampar) yang meminta statistik mengenai tindakan penguatkua­saan yang diambil terhadap PATI yang berniaga tanpa kebenaran dalam negara dari Januari 2017 sehingga kini.

Mengenai langkah-langkah pemantauan yang dijalankan kementeria­n bagi mengawal kegiatan PATI berniaga secara haram, beliau berkata satu jawatankua­sa khas ditubuhkan pada 29 Mac lepas melibatkan kerjasama kementeria­n itu dan Kementeria­n Dalam Negeri, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementeria­n Wilayah Persekutua­n.

“Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengeluark­an surat kepada semua PBT pada 7 Ogos 2019 supaya meningkatk­an operasi penguatkua­saan bersepadu bagi mengekang aktiviti perniagaan di pasar borong yang dikatakan dimonopoli warga asing.

“Sebagai langkah kawalan, warga asing tidak dibenar menjalanka­n perniagaaa­n kecil seperti mengusahak­an kedai runcit atau perniagaan menggunaka­n lesen milik penduduk tempatan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia