Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan Filipina tanggung kos vaksin warganya di Sabah: Dr Dzulkefly

-

KUALA LUMPUR: Kos vaksin dan operasi pemberian imunisasi kepada kanakkanak warga Filipina yang berada di Alternativ­e Learning Center di Sabah ditanggung sepenuhnya oleh negara itu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dr Dzulkefly berkata pada 30 Julai lepas, Malaysia dan Filipina memeterai memorandum persefaham­an (MoU) berkaitan skop kerjasama dalam aspek kesihatan bagi kedua-dua negara.

Beliau berkata MoU itu ditandatan­gani antara beliau dan rakan sejawatann­ya Setiausaha Kesihatan Filipina, Dr Francisco T Duque III selepas Mesyuarat Menteri Kesihatan Malaysia dan Filipina.

“Jadi dari segi kos, ia ditanggung sepenuhnya kerajaan Filipina. Oleh itu, tidak timbul isu kos ke atas kerajaan Malaysia,” katanya ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Dr Dzulkefly berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Hassan (Warisan-Papar) mengenai anggaran kos yang akan ditanggung Malaysia bagi menzahirka­n bantuan vaksin dan imunisasi kepada warga Filipina di Sabah.

Bagi mencapai imuniti kelompok pula, Dr Dzulkefly berkata sekurang-kurangnya 95 peratus kanak-kanak perlu diimunisas­i termasuk mereka yang bukan warganegar­a atau mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Sekiranya golongan ini disisihkan, imuniti kelompok dalam kalangan kanak-kanak rakyat Malaysia tidak dapat dicapai akibat penurunan liputan imunisasi, dan ini akan menyebabka­n penularan penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa sekiranya penularan berlaku, kos rawatan adalah lebih tinggi daripada kos pemberian imunisasi.

Justeru, beliau berkata pihaknya sentiasa meneliti setiap peluang yang ada bagi memastikan semua kanakkanak diberi imunisasi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia