Utusan Borneo (Sabah)

Hargai pencapaian, kecemerlan­gan murid

Majlis Penyampaia­n Sijil Tahun 6 SK Pekan Satu Labuan

-

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Pekan Satu Labuan mengadakan Majlis Penyampaia­n Sijil Tahun 6 (MPSTE) Kali Ke-5 2019 di Dewan CUN sekolah itu, pada Sabtu lalu.

Majlis itu diadakan bagi menghargai pencapaian murid-murid dari peringkat prasekolah hingga ke Tahun 6 di atas pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulu­m dan kecemerlan­gan sahsiah murid tahun enam sepanjang tahun 2019.

Seramai 158 murid Tahun Enam iaitu 149 murid Aliran Perdana dan sembilan murid Aliran PPKI menerima sijil berkenaan.

Majlis Penyampaia­n Sijil Tahun 6 SK Pekan Satu 2019 dirasmikan oleh Pengarah Operasi Labuan Liberty Port Management (LLPM) Datin Sri Dato’ Norsiah Abdullah yang mewakili Pengarah Urusan LLPM merangkap Bapa Korporat SKPS Dato’ Sri Haji Mohd Alias Abd Rahman.

Turut hadir Timbalan Pengarah Sektor Pembelajar­an, Jabatan Pendidikan Labuan Yusuf Mohamad selaku wakil Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saidin, Penolong Pengarah Unit Pendidikan Swasta Sektor Pengurusan Sekolah Zaliha Mohd Salleh merangkap Naib Yang Dipertua PIBG SKPS, Ketua Unit Sekolah Rendah Haji Yunus Yusuf merangkap Pegawai Angkat SKPS dan Guru Besar SKPS Anita Shyamini A/P S. Azman.

Hadir sama Zailiana Zainol (PK Pentadbira­n), Normah Rahimi (PK HEM) dan Esmit Amat (PK Kokurikulu­m), 63 guru SKPS serta 200 ibu bapa turut hadir memeriahka­n majlis yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu.

Majlis yang disusun dengan penuh teliti ini, bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 11 pagi, namun para guru dan murid-murid berkumpul di Dewan C.U.N seawal jam 7 pagi bagi memastikan pergerakan murid tahun enam dan ibu bapa murid berada dalam keadaan yang teratur dan selesa ketika majlis berlangsun­g.

Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Wilayah Persekutua­n ‘Maju dan Sejahtera’ membuka tirai berlangsun­gnya majlis yang penuh berprestij ini sekali gus menggamatk­an suasana dewan dengan lagu patriotik.

Manakala Ustaz Mohd Sayuti Zakaria mengetuai bacaan doa bagi memberkati majlis itu.

Dalam ucapannya, Anita Shyamini amat berbesar hati dan berterima kasih kepada tetamu khas atas kesudian mereka menghadiri majlis itu.

Ucapan terima kasih beliau tujukan kepada semua warga sekolah yang terlibat menguruska­n majlis mega yang berlangsun­g pada kali ini.

“Majlis ini adalah sebagai salah satu simbol penghargaa­n sekolah kepada semua murid tahun 6 yang mana SKPS adalah perintis kejayaan pada masa hadapan murid,” katanya.

Anita berharap agar pada masa hadapan murid dapat mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahua­n dan kemahiran, berketeram­pilan, berakhlak mulia, bertanggun­ggjawab dan berkeupaya­an mencapai kesejahter­aan diri seiring dengan kemenjadia­n murid dalam apa juga bidang.

Yusof pula mengucapka­n jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menjemput beliau sekali gus menyampaik­an pemakluman Majlis Graduasi Tahun 6 SKPS 2019.

Sementara itu, Datin Sri Dato’ Norsiah bersyukur kerana diberi peluang merasmikan MPSTE SKPS kali ke-5 sekali gus dapat bersama-sama dengan warga sekolah dan ibu bapa.

Dalam majlis yang berprestij ini, guru kelas tahun enam diberikan penghormat­an melaksanak­an pengisytih­aran penyampaia­n sijil persekolah­an mengikut kelas masing-masing yang dimulakan oleh kelas 6 Genius, 6 Bijaksana, 6 Cendekiawa­n, 6 Intelek, 6

Bestari dan 6 Bestari PPKI.

Selesai upacara penyampaia­n sijil persekolah­an, Yusof sekali lagi melaksanak­an pemakluman penangguha­n majlis penyampaia­n sijil Tahun 6 Sesi Pengajian 2014 hingga 2019 dengan jayanya.

Sementara itu, Penyelaras Program Jamayah Mohid melahirkan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada semua kerana majlis ini dapat dilangsung­kan dengan lancar seperti mana yang dirancang.

Tambahnya, tanpa komitmen yang tinggi daripada semua pihak, maka program seumpama ini tidak mungkin dapat dilaksanak­an sepertiman­a yang diharapkan.

“Saya juga berharap agar murid-murid tahun 6 menjadikan majlis ini sebagai pemangkin semangat untuk terus berjaya pada masa hadapan,”katanya.

 ??  ?? BERSAMA GURU KELAS: Murid 6 Genius bergambar dengan guru kelas, Cikgu Najla Aimi Mohammad bersama sijil yang diterima.
BERSAMA GURU KELAS: Murid 6 Genius bergambar dengan guru kelas, Cikgu Najla Aimi Mohammad bersama sijil yang diterima.
 ??  ?? BAJU BATIK: Penyelaras program Jamayah Mohid (kiri) bersama guru-guru berpakaian baju batik sekolah.
BAJU BATIK: Penyelaras program Jamayah Mohid (kiri) bersama guru-guru berpakaian baju batik sekolah.
 ??  ?? JUBAH KONVO: Guru-guru Tahun Enam gembira memakai jubah konvokesye­n.
JUBAH KONVO: Guru-guru Tahun Enam gembira memakai jubah konvokesye­n.
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Anita Shyamini (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dato’ Norsiah.
CENDERAMAT­A: Anita Shyamini (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dato’ Norsiah.
 ??  ?? TERUJA: Ibu bapa teruja menghadiri Majlis Penyampaia­n Sijil Tahun 6.
TERUJA: Ibu bapa teruja menghadiri Majlis Penyampaia­n Sijil Tahun 6.
 ??  ?? SIJIL: Dato’Norsiah Abdullah menyampaik­an sijil kepada murid Tahun Enam sambil diperhatik­an Anita (dua kanan).
SIJIL: Dato’Norsiah Abdullah menyampaik­an sijil kepada murid Tahun Enam sambil diperhatik­an Anita (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia