Utusan Borneo (Sabah)

NEC 2019 beri pendedahan inovasi dalam akademik

-

PESTA Kluster Pendidikan Kebangsaan (NEC) 2019 yang dianjurkan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Kinabalu dilihat sebagai satu usaha pendedahan inovasi dalam akademik kepada golongan guru.

Program selama dua hari itu turut bertujuan memperkasa­kan bakat pelajar menerusi pameran dan pembentang­an dalam kluster pendidikan.

Matlamat NEC 2019 adalah untuk mengangkat kreativiti dan inovasi guru-guru dalam bidang pendidikan seperti pedagogi, bahan bantu pengajaran, e-pembelajar­an, dan kaedah pentaksira­n.

Pelaksanaa­nnya melibatkan kaedah pembentang­an kajian ilmiah, bengkel dan pameran poster inovasi dalam konteks pendidikan.

Seramai 108 pembentang dari pelbagai negeri dan institusi, 11 orang pembentang bengkel dan lima pempamer poster terlibat sepanjang program itu berlangsun­g baru-baru ini.

Penyertaan paling ramai iaitu seramai 68 orang diterima dari Insitut Pendidikan Perguruan Kampus Gaya sebagai pembentang kertas kerja selain penyertaan jemputan khas dari UNITAR, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Majakir Papar dan dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).

Sementara itu, ucaptama pertama yang disampaika­n Pengarah Insitut Pendidikan Perguruan Kampus Gaya Gerturude Jock menekankan evolusi pendidikan kearah revolusi industri 4.0 dan persediaan para pendidik dalam mendepani cabaran pendidikan selari dengan arus revolusi industri 4.0.

“Hal ini kerana kemenjadia­n dan pembentuka­n pelajar dengan karekter modal insan hasil acuan revolusi industri 4.0 penting pada masa hadapan sebagai tonggak kecemerlan­gan negara,” katanya.

Dalam pada itu, ucaptama kedua disampaika­n Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr. Yusof Yacob mengingatk­an pentingnya inovasi dan teknologi dalam pendidikan sebagai ejen penyelesai masalah demi kecemerlan­gan pelajar dan pendidikan negara.

Katanya, perkembang­an revolusi industri 4.0 memberikan impak yang besar kepada golongan guru supaya lebih bersedia, kreatif dan inovatif dalam melaksanak­an pembelajar­an dan pemudahcar­aan (PdPc).

Terdahulu,uacaptama berkenaan dipengerus­ikan oleh pengacara majlis yang sangat karismatik iaitu Nurhayathx­cy Junaidi serta moderator berwibawa iaitu Ahmad Saipuddin Che Rosed.

Sementara itu, Pengetua MRSM Kota Kinabalu Gilbert Wong Kia Kiat dalam ucapan berkata, NEC 2019 adalah sebagai satu sumbangan pihaknya kepada masyarakat Malaysia dalam pendidikan selari dengan dasar dan objektif pendidikan MARA.

“MRSM Kota Kinabalu membawa imej sebagai ikon akademik MARA di Zon Borneo dalam membantu serta menyumbang kepada masyarakat berintelek­tual,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah NEC 2019 Nurul Asyikin Hassan berkata, program yang julung kalinya diadakan itu tidak mungkin dapat dilaksanak­an tanpa bantuan semua pihak sama ada ahli jawatankua­sa atau pihak-pihak lain secara langsung mahupun tidak langsung.

“Bagi memastikan program ini mencapai objektif yang disasarkan, pihak penganjur sangat berbesar hati dengan khidmat nasihat dan kerjasama daripada enam rakan strategik iaitu Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Sabah, Pejabat Mara Sabah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Institut Pendidikan Perguruan Kampus Gaya, Pejabat Pendidikan Daerah Papar, dan badan MUAFAKAT cawangan MRSM Kota Kinabalu,” katanya.

 ??  ?? PEMPAMER: Penyampaia­n sijil kepada pempamer poster Asrifah Amirul.
PEMPAMER: Penyampaia­n sijil kepada pempamer poster Asrifah Amirul.
 ??  ?? SIJIL: Yusof (tiga kiri) menyampaik­an sijil pameran poster kepada Nurul Izzati Adlina Abdullah.
SIJIL: Yusof (tiga kiri) menyampaik­an sijil pameran poster kepada Nurul Izzati Adlina Abdullah.
 ??  ?? PENYAMPAI: Barisan penyampai dalam pembentang­an sesi selari.
PENYAMPAI: Barisan penyampai dalam pembentang­an sesi selari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia