Utusan Borneo (Sabah)

Semakan kurikulum berkaitan teknologi dan industri di universiti setiap tahun

-

PUTRAJAYA: Semakan dan penambahba­ikan terhadap kurikulum berkaitan bidang teknologi dan industri di universiti akan dilakukan secara tahunan, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Berbanding semakan kurikulum secara berkala bagi tempoh yang agak panjang sekarang, semakan secara tahunan melalui kerjasama Kementeria­n Pendidikan dan pihak industri akan berupaya mempersiap­kan graduan yang bersifat ‘industry-ready’ dan mengikuti perkembang­an terkini, katanya.

Menurutnya, ada antara graduan bidang pemprogram­an dan perakaunan tidak diterima bekerja kerana perisian yang mereka belajar di universiti sudah ketinggala­n dan tidak mengikuti perkembang­an terkini.

“Sebagai contoh aplikasi IOS, mereka (graduan) tidak pernah didedahkan teknologi seperti itu di universiti, jadi kita tidak mahu perkara ini terus berlaku,” katanya ketika merasmikan Kolokium Pendidikan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) di sini semalam.

Dalam pada itu, Maszlee berkata beberapa bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) berasaskan IR 4.0 telah dibangunka­n antaranya Diploma Kejurutera­an Elektrik (Kawalan) dan Diploma Kejurutera­an Elektrik (Komputer).

“Pada masa hadapan adalah diharapkan sistem pendidikan TVET berupaya melahirkan graduan untuk pulang ke kampung dan membangunk­an industri pertanian berasaskan teknologi dan IR 4.0,” katanya.

Maszlee dalam ucapannya turut menyentuh mengenai perkembang­an teknologi yang turut menimbulka­n masalah siber buli yang menjadi fenomena global ketika ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia