Utusan Borneo (Sabah)

Sekolah menengah pilihan terakhir sebagai pusat pemindahan banjir

-

ALOR SETAR: Sekolah menengah di negeri ini adalah pilihan terakhir untuk dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatka­n mangsa banjir dengan keutamaan adalah dewan orang ramai, surau dan sekolah rendah.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan negeri,

Halimaton Shaadiah Saad berkata ia bagi mengelakka­n peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) yang sedang berlangsun­g ketika ini terganggu.

“Malam esok (ini) kita akan adakan mesyuarat bersama pelbagai agensi termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pejabat daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

(APM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membincang­kan persediaan kita menghadapi gelombang kedua banjir.

“Kita akan utamakan dewan orang ramai terlebih dahulu contohnya seperti di kawasan saya sebelum ini sepatutnya PPS adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun, tetapi disebabkan sesi persekolah­an kita buat keputusan pindah ke dewan orang ramai di Kampung Tradisi Lembah Keriang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mengulas lanjut, Halimaton yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, berkata dari segi persediaan di PPS, JKM sentiasa memastikan bekalan makanan dan kemudahan mencukupi bagi memberi keselesaan kepada penduduk yang dipindahka­n.

“Kita juga dah bersiap siaga di PPS dan jika perlu dibuka, kita akan buka dan tiada masalah kerana semua agensi akan bekerjasam­a bagi memastikan kerja-kerja memindahka­n mangsa dan segala keperluan mangsa mencukupi,” katanya.

Dalam kejadian banjir yang berlaku bulan lepas, beberapa PPS merangkumi surau, dewan orang ramai dan dewan serbaguna dibuka di beberapa daerah terjejas antaranya Baling, Kubang Pasu dan Pendang bagi menempatka­n sejumlah mangsa banjir.

Terdahulu, Halimaton Shaadiah yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir merasmikan Program Kebajikan Kemakmuran Bersama Peringkat Negeri Kedah 2019 anjuran JKM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia