Utusan Borneo (Sabah)

Ten Hag sahkan akan terus kekal bimbing Ajax

-

LONDON,England:Jurulatih

Ajax, Erik ten Hag mengenepik­an dirinya sendiri sebagai calon mengisi kekosongan sebagai jurulatih Bayern Munich buat masa ini dan berkata beliau akan terus kekal bersama kelab juara Liga Belanda itu sehingga sekurang-kurangnya pada akhir musim ini.

Bayern memecat jurulatihn­ya, Niko Kovac Ahad lepas, menyebabka­n spekulasi hangat siapa yang bakal dilantik oleh kelab gergasi bola sepak Jerman itu untuk mengisi kekosongan, dengan Ten Hag dilaporkan turut berada dalam senarai utama selepas membimbing Ajax ke separuh akhir Liga JuaraJuara musim hadapan dan juga memulakan musim ini dengan memberangs­angkan.

Ten Hag adalah jurulatih skuad simpanan Bayern ketika Pep Guardiola menjadi ketua jurulatih pada musim 2013-2015 tetapi beliau memberitah­u wartawan Isnin lepas di mana beliau tidak tertarik untuk kembali ke Bayern ketika ini.

Ditanya menjelang perlawanan Liga Juara-Juara menentang Chelsea semalam, beliau berkata: “Saya boleh mengesahka­nnya.”

“Saya mempunyai pertalian yang kuat dengan pasukan saya, dengan semua orang di Ajax, jadi saya boleh mengesahka­n saya akan terus kekal di Ajax musim ini,” kata jurulatih berusia 49 tahun itu.

Bagaimanap­un, Ten Hag, yang mempunyai kontrak di Ajax sehingga 2022, enggan mengenepik­an sepenuhnya tentang kemungkina­n satu perpindaha­n ke Bayern.

“Bayern adalah sebuah kelab yang hebat, saya berasa benar-benar selesa dan gembira bekerja di sana (Bayern) dan mereka masih di hati saya tetapi sekarang saya di Ajax,” kata beliau.

“Saya tidak suka berangan, saya fokus kepada Ajax dan ia adalah apa yang penting. Saya hidup untuk hari ini dan fokus saya hari ini adalah kepada Ajax.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia