Utusan Borneo (Sabah)

Peluang bermain bersama legenda

Sebanyak 128 penyertaan dibuka sertai pertanding­an Golf amal bersama bekas pemain kelab Liverpool, MU

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Pemain-pemain golf di Sabah dipelawa menyertai pertanding­an golf amal bersama bekas pemainpema­in legenda dua kelab gergasi, Liverpool dan Manchester United, November ini.

Pertanding­an amal tersebut dijadualka­n diadakan pada 19 November depan sempena penganjura­n persahabat­an bolasepak ‘Battle Of The Reds’ yang akan diadakan di Sabah Golf and Country Club, di sini.

Pengerusi penganjur, Datuk Hassim Justin berkata, pihaknya membuka sebanyak 128 penyertaan membabitka­n empat division (flights) kepada pemain golf dari seluruh negara.

Katanya, daripada empat division itu, satu ‘flights’ dikhaskan untuk mereka yang berminat bermain golf bersama bintang-bintang bolasepak ini dengan bayaran RM6,000 seorang.

“Flights khas ini terhad kepada 10 pemain yang bukan saja dapat bermain golf dalam satu pasukan dengan bintang bolasepak ini tetapi juga dapat beramah mesra secara langsung dengan mereka.

“Satu lagi kategori turut diwujudkan membabitka­n bayaran RM500 setiap penyertaan yang sudah tentu juga pemain golf berminat berpeluang bersarapan dan minum petang bersama bintang kesukaan mereka.

“Tarikh tutup penyertaan pada 13 November ini dan mereka yang berminat boleh hubungi jawatan kuasa kami dengan kadar segera kerana pendaftara­n adalah berkonsepk­an ‘siapa cepat, dia dapat’,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang turut dihadiri Yang Dipertua Yayasan Buah Pinggang Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin di Sabah Golf and Country Club, di sini.

Hassim berkata, hasil jualan tiket akan disumbangk­an kepada Yayasan Buah Pinggang Sabah yang merupakan penganjur utama pertanding­an golf amal ini.

“Justeru, semua pemain golf seluruh negara dipelawa menyertai pertanding­an ini kerana selain dapat bersama dengan bintang kesukaan mereka, acara ini juga menjanjika­n pengalaman istimewa,” katanya.

 ??  ?? ALBUM: Hassim (duduk tiga kanan) dan Lajim (duduk dua kanan) bersama barisan utama jawatankua­sa pertanding­an Golf Amal ‘Battle Of The Reds’.
ALBUM: Hassim (duduk tiga kanan) dan Lajim (duduk dua kanan) bersama barisan utama jawatankua­sa pertanding­an Golf Amal ‘Battle Of The Reds’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia