Utusan Borneo (Sabah)

SRI Al Hafidz Bandar Sierra juara MSSRI Sabah Ke-7 2019

- Oleh: Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Hafidz Bandar Sierra dinobatkan juara Majlis Sukan Sekolah Rendah Islam (MSSRI) Sabah Kali Ke-7 2019 setelah mengumpul sebanyak 9 pingat emas, 4 perak, dan 7 gangsa.

Kejohanan berlangsun­g di padang Kompleks Sukan Sandakan berkenaan menyaksika­n pemenang naib juara jatuh kepada Sekolah Rendah Islam Al Hafidz Tuaran dengan kutipan 5 pingat emas, 2 perak, dan 1 gangsa dan tempat ketiga disandang oleh tuan rumah iaitu Sekolah Rendah Islam (SERI) Ar Raudhah dengan kutipan 4 emas, 11 perak, dan 6 gangsa.

Sebanyak 10 buah sekolah rendah Islam dari seluruh Sabah telah menyertai kejohanan pada tahun ini iaitu

Pusat Pendidikan Islam AnNur Taman Austral; Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu; Sekolah Rendah Islam Al-Fateh Bandar Sri Indah Tawau; dan Sekolah Rendah Islam Al-Fateh Taman Ria Tawau.

Juga turut serta ialah Sekolah Rendah Islam AlHafidz Bandar Sierra; Sekolah Rendah Islam AlHafidz Tuaran; Sekolah Rendah Islam Dar Al-Huffaz Sandakan; Sekolah Rendah Islam Nadi Tahfiz Al-Baghdadi Sandakan; Sekolah Rendah Islam Tahfiz AlIlmi Keningau; dan Sekolah Rendah Islam Ar-Raudhah Sandakan.

Majlis perasmian kejohanan telah disempurna­kan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Ariffin Asgali.

Sebanyak 23 jenis acara balapan dipertandi­ngkan termasuk acara memanah, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, larian 80 meter, 100 meter, 200 meter, 4x50 meter, 4x100 meter dan 4x200 meter serta acara terbuka yang melibatkan ibu bapa dan guru serta sukarelawa­n.

Kejohanan MSSRI Sabah 2019 kali ini diakhiri dengan pengumuman Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu diberi mandat sebagai tuan rumah pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, Mohd Hasbun Norizzan Momin dan Zuhri Zarkasyi Kasnan masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawa­n Muslimin A dan Olahragawa­n Muslimin B MSSRIS 2019.

Manakala gelaran Olahragawa­ti Muslimat A dan Olahragawa­ti Muslimat B masing-masing disandang oleh Aisyah Sahar dan Amirah N.Haziqah Haderuslan.

Kedua-dua atlet ini adalah dari Sekolah Rendah Islam Ar-Raudhah Sandakan.

 ??  ?? TERIMA: Arifin (dua, kiri) menerima cenderahat­i selepas merasmikan Majlis Sukan Sekolah Rendah Islam.
TERIMA: Arifin (dua, kiri) menerima cenderahat­i selepas merasmikan Majlis Sukan Sekolah Rendah Islam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia