Utusan Borneo (Sabah)

Klinik Kejurulati­han Junior SDTA dapat sambutan menggalakk­an

- Oleh Vitalis G Bingkasan KENANGAN: Peserta Klinik Kejurulati­han Tenis SDTA merakamkan gambar kenangan besama Mook, Johnson dan Fernando.

KOTA KINABALU: Klinik Kejurulati­han Junior Persatuan Tenis Daerah Sandakan (SDTA) yang berlangsun­g selama 12 minggu di Sandakan mendapat sambutan menggalakk­an.

Klinik tajaan Ahli Parlimen Sandakan, Viviane Wong Shir Yee yang bermula 10 Ogos dan berakhir 2 November itu disertai kirakira 25 pelajar setiap sesi.

Pelajar yang menyertai klinik itu adalah daripada enam sekolah iaitu SM St.Michael, SM Sung Siew, SM St. Cecelia, SM St. Mary, SRJK St. Monica dan SJK Pui Gin.

Klinik dikendalik­an jurulatih tempatan bertauliah, Simon Wong dan dibantu Emily Wong serta Rohjan Mohd Daud.

Pertanding­an mini tenis turut diadakan bersempena dengan klinik itu yang menyaksika­n Esther Clare Ngui menang acara Best Forehand perempuan manakala Richaidee Love Corpus Sillo menang Best Backhand dan Volley perempuan.

Katagori lelaki pula menyaksika­n Mohd. Fariezan Arief B. Rohjan menang Best Forehand, Aizanie Nazman (Best Backhand) dan Simon Lee (Best Volley).

Klinik itu diakhiri dengan penyampaia­n sijil dan hadiah kepada pemenang pertanding­an mini.

Majlis penutupan disempurna­kan Mook Ka Min yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong Ket

Kiun.

Turut bersama pada majlis penutupan ialah Presiden Persatuan Tenis Sabah (STA), Johnson Koh dan Presiden SDTA, Fernando Rulloda.

Fernando berterima kasih kepada Viviane, Kementeria­n

Pelajaran dan Inovasi Sabah, Jabatan Pendidikan Sandakan, sekolah-sekolah terlibat, ibu bapa, jurulatih dan jawatankua­sa SDTA yang telah menyokong dan membantu menjayakan klinik itu.

Sambil itu, Johnson berharap agar pemimpin-pemimpin terutama Ahli Parlimen Sandakan dan ADUN Elopura terus menyokong dan membantu pembanguna­n sukan tenis di Sandakan.

Johnson juga mengalualu­kan agar ibu bapa turut menggalakk­an anak-anak mereka terus memajukan diri dalam sukan tenis termasuk dengan menyertai klinik-klinik tenis sehingga dapat dijadikan sandaran mewakili daerah, negeri dan negara pada masa akan datang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia