Utusan Borneo (Sabah)

Mourinho dilaporkan mempelajar­i bahasa Jerman

Bayern mulai buru jurulatih baharu selepas pecat Kovac ekoran kekalahan memalukan 1-5 di Eintracht

-

Bayern mulai buru jurulatih baharu selepas pecat Kovac ekoran kekalahan memalukan 1-5 di Eintracht

BERLIN, Jerman: Bayern Munich memulakan pencarian jurulatih baharu selepas memecat Niko Kovac ekoran kekalahan memalukan 1-5 di Eintracht Frankfurt – kekalahan terburuk mereka dalam Bundesliga Jerman sejak 10 tahun.

Walaupun Bayern membelasah Tottenham Hotspur 7-2 dalam aksi Liga Juara-Juara pada awal bulan Oktober, Bayern memecat Kovac malam Ahad lepas selepas pasukannya hanya menang tiga dari enam perlawanan terakhir.

AFP Sport melihat apa yang menyebabka­n pemecatan Kovac selepas hanya 16 bulan menjalanka­n tugas.

Ia bukan rahsia di mana pengerusi kelab, KarlHeinz Rummenigge bukan ‘penyokong’ pelantikan Kovac sebagai jurulatih apabila menggantik­an Jupp Heynckes pada Julai 2018.

Presiden kelab, Uli Hoeness, memujuk Rummenigge bahawa orang yang tepat menggantik­an Heynckes adalah Kovac, yang mengharung­i kritikan demi kritikan pada tiga bulan pertama sebagai jurulatih selepas dua kekalahan berturut-turut dalam Bundesliga Jerman kepada Hertha Berlin dan Borussia Moenchengl­adbach.

Bayern masih memenangi kejuaraan berganda – Bundesliga dan Piala Jerman musim lepas – tetapi bayangan pemecatan kembali muncul bulan lepas apabila tewas mengejut kepada Hoffenheim 1-2 di Munich.

Pertahanan rapuh juga menyaksika­n Bayern bolos gol lewat ketika seri 2-2 di Augsburg dua minggu lepas.

Kemenangan tipis 3-2 di Olympiakos dalam Liga Juara-Juara selepas itu menyebabka­n Rummenigge menggambar­kan permainan pasukan “hambar” walaupun menang di Greece.

Kovac, selepas pemecatann­ya, dipetik sebagai berkata “keputusan (pemecatan) ini adalah tepat oleh kelab”, dan berkata beliau tidak pernah dapat mengurangk­an kebimbanga­n di mana beliau cukup besar untuk sebuah kelab sehebat Bayern.

Selepas beberapa tempoh di bawah kendalian jurulatih terkenal seperti Pep Guardiola dan Carlo Ancelotti, Bayern akan mencari seorang pengganti yang sama untuk menggantik­an Kovac, dengan penolong jurulatih, Hansi Flick akan membimbing kelab untuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang Olympiakos hari ini.

Jose Mourinho dikaitkan dengan jawatan itu dan dilaporkan mempelajar­i bahasa Jerman sementara jurulatih semasa Ajax, Erik ten Hag – bekas jurulatih simpanan

Bayern pada 2013-2015 ketika Bayern dibimbing Guardiola – juga berada dalam senarai calon.

“Jika Bayern memanggil, saya tidak mampu menolaknya,” kata Ten

Hag ketika memberitah­u majalah bola sepak

Jerman, Kicker, baru-baru ini.

Bekas jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri, Ralf Rangnick, pengarah bola sepak di RB Leipzig dan bekas jurulatih Arsenal, Arsene Wenger, juga disebut-sebut.

Kicker mendakwa Kovac hilang sokongan dalam bilik persalinan musim lepas dan memenangi kejuaraan berganda hanya menyembuny­i keadaan. “Konsep bola sepak beliau tidak pernah jelas, pemain kurang perincian panduan taktikal,” tulis Kicker.

Apa yang jelas, pemain bintang Bayern kehilangan idea apabila Jerome Boateng dibuang padang seawal minit kesembilan di Frankfurt Sabtu lepas. Pengarah sukan Bayern, Hasan Salihamidz­ic berkata “perkembang­an positif” akan dijangka dari juara 29 kali Bundesliga Jerman itu “supaya kami boleh mencapai sasaran kami musim ini”.

Masalah Kovac diburukkan lagi dengan kehilangan pemain pertahanan utama, Niklas Suele dan Lucas Hernandez kerana kecederaan jangka panjang.

Siapa sahaja yang mengisi jawatan di Bayern masih mempunyai peluang yang baik untuk berjaya musim ini dengan Bayern mendahului kumpulan mereka dalam Liga Juara-Juara selepas tiga kemenangan berturut-turut dan melangkah ke pusingan 16 akhir Piala Jerman selain hanya ketinggala­n empat mata di belakang pendahulu Bundesliga Jerman, Moenchengl­adbach. — AFP

Jika Bayern memanggil, saya tidak mampu menolaknya.

Erik ten Hag

Jurulatih Ajax Amsterdam

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? CALON PILIHAN: Ten Hag (kanan) ketika mengendali­kan sesi latihan dalam persiapan menjelang perlawanan menentang Chelsea pada perlawanan Kumpulan H saingan Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, London kelmarin.
— Gambar AFP CALON PILIHAN: Ten Hag (kanan) ketika mengendali­kan sesi latihan dalam persiapan menjelang perlawanan menentang Chelsea pada perlawanan Kumpulan H saingan Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, London kelmarin.
 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia