Utusan Borneo (Sabah)

500 peserta sertai Sabah Agro Run 2019

Penganjura­n larian edisi pertama itu bertujuan dekatkan masyarakat dengan pertanian

-

TUARAN: Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Rakam Sijim melancarka­n edisi pertama Sabah Agro Run 2019 ‘Go Green Go Health’ di Padang Pekan Tuaran, baru-baru ini.

Larian yang dibahagika­n kepada dua kategori, 5km dan 10km untuk lelaki dan wanita disertai oleh lebih 500 orang peserta yang datang dari pelbagai daerah di Sabah.

Malah terdapat seorang peserta berkerusi roda yang berjaya menamatkan jarak 10km serta peserta kanakkanak paling muda berusia 4 tahun yang melengkapk­an jarak 5km.

Rakam semasa ditemui berkata, program larian ini adalah selari dengan hasrat kementeria­n yang giat mempromosi kempen ‘Go Green Go Healthy’ dalam kalangan masyarakat.

“Larianinia­dalahsalah­satu kaedah untuk mendekatka­n kembali masyarakat dengan aktiviti pertanian.

“Ini kerana kerajaan sendkan iri berhasrat supaya Sabah boleh menjadi gedung utama makanan negara, maka kesedaran dan kecintaan masyarakat terhadap pertanian perlu diterapkan kembali di kalangan masyarakat,” katanya.

Rakam yang mewakili Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Junz Wong, turut menyampaik­an hadiah kepada pemenang serta cabutan bertuah di mana cabutan hadiah utama merupakan seekor kambing bagi setiap pemenang untuk dua peserta yang bertuah.

Sementara hadiah iringan kepada pemenang merupaanak benih pokok seperti pokok nangka, rambutan dan mangga.

Juara kategori lelaki 5km dimenangi oleh Romeo Gamboh sementara kategori wanita 5km dimenangi oleh Dr. Madeline See.

Manakala bagi kategori lelaki 10km dimenangi oleh Raymond Yew dan kategori wanita 10km dijuarai oleh Kona Liau.

Larian ini mendapat sokongan daripada Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sabah, Lembaga Industri Getah Sabah serta Pejabat Parlimen Tuaran.

Beberapa syarikat swasta seperti Nestle Berhad, Adabi Consumer Sdn Bhd serta Asia Agri Biosystems Sdn Bhd juga turut terlibat dari segi tajaan.

“Kita akan berusaha memberi sokongan berterusan terhadap program seumpama ini supaya ianya akan dilaksanak­an lagi pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

 ??  ?? ALBUM: Rakam bersama para pemenang larian dan cabutan bertuah.
ALBUM: Rakam bersama para pemenang larian dan cabutan bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia