Utusan Borneo (Sabah)

Mane bukan seorang ‘penerjun’, tegas Klopp

-

LONDON, England: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menolak dakwaan pengurus Manchester City, Pep Guardiola di man Sadio Mane adalah seorang ‘penerjun’ atau seorang yang suka menjatuhka­n diri untuk mendapatka­n penalti, menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam Liga Perdana Inggeris minggu hadapan.

Mane dilayangka­n kad kuning selepas gagal memperoleh­i penalti dan kemudian mengumpan bola untuk menjaringk­an gol penyamaan sebelum beliau sendiri menjaringk­an gol kemenangan ketika bangkit dari ketinggala­n untuk menewaskan Aston Villa 2-1 Sabtu lepas.

Guardiola,dimanapasu­kannya juga bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Southampto­n pada hari yang sama, berkata: “Kadang-kadang beliau (Mane) sengaja menjatuhka­n diri, kadangkada­ng beliau mempunyai bakat menjaringk­an gol hebat pada saat akhir.”

Klopp, yang membuat persediaan perlawanan Liga Juara-Juara menentang Genk, mengenepik­an tanggapan Guardiola dengan berkata: “Saya tidak pasti jika beliau (Guardiola) bercakap tentang Sadio atau tentang kami secara umumnya.

“Saya tidak mendengar nama Sadio atau tahu bagaimana kami boleh tahu begitu cepat tentang sebarang insiden dalam perlawanan.

“Saya boleh berkata Sadio bukan seorang yang suka menjatuhka­n diri. Ada situasi pada perlawanan menentang Aston Villa di mana beliau disentuh dan terjatuh. Mungkin ia bukan satu penalti tetapi ada sentuhan berlaku, ia bukan beliau melepasi sentuhan dan menjatuhka­n diri.”

Klopp juga enggan bercakap panjang lebar tentang pertemuan menentang City, dengan pasukannya berkelebih­an enam mata di singahsana liga ketika perlawanan menentang Genk.

Liverpool berada di tangga kedua Kumpulan E dengan enam mata selepas tiga perlawanan ,satu mata di belakang pendahulu kumpulan, Napoli.

“Saya tidak bersemanga­t untuk bercakap tentang (perlawanan) menentang Man City,” kata Klopp. — AFP

 ??  ?? RANIERI
RANIERI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia