Utusan Borneo (Sabah)

Percepat pembinaan kem PGA Beluran

Berikutan Batalion 20 PGA Beluran masih menyewa rumah kedai sejak 2014: Mastor

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Timbalan Pengarah Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (PGA) Datuk Mastor Mohd Arif mengharapk­an kerajaan dapat mempercepa­tkan pembinaan Kem Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran.

Beliau berkata Batalion 20 PGA Beluran yang diwujudkan sejak 2014 ini masih lagi menyewa rumah kedai.

“Keadaan batalion ini terlalu daif sekali yang mana menduduki rumah kedai dan amat tidak sesuai sekali bagi semua pasukan keselamata­n,” katanya kepada pemberita dalam sidang media semasa lawatan kerja di Ibu Pejabat Batalion 20 PGA Beluran, pagi semalam.

Mastor berkata ini amat tidak sesuai dan berbeza dengan kem-kem PGA lain yang dapat merancang latihan, pentadbira­n dan operasi dengan baik.

Manakala katanya, pegawai serta anggota Batalion 20

PGA Beluran terpaksa tinggal di luar kem yang boleh menjejaska­n keselamata­n dan operasi.

“Kita telah mengemukak­an permohonan bagi pembinaan kem batalion ini agar pembinaann­ya dipercepat­kan,” katanya.

Beliau berkata tapak tanah bagi menempatka­n kem Batalion 20 PGA ini telahpun ada di daerah Beluran dengan keluasan 160 ekar.

“Ekoran masalah teknikal, Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) melakukan sebut harga semula bagi projek pembinaan kem berkenaan yang sebelum ini dengan kos RM430 juta dan dijangka siap dalam tempoh tiga atau lima tahun.

Mastor berkata pembinaan kem Batalion 20 PGA ini akan dilengkapi dengan bangunan pejabat, kuarters dan kemudahan lain menempatka­n 600 pegawai serta anggota seperti yang ada di Kem Batalion 17 PGA Lahad Datu.

“Kita mengharapk­an pembinaan kem itu dapat dipercepat­kan bagi memudahkan pegawai dan anggota dapat menjalanka­n tugas dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Mastor berkata Kem Batalion 15 PGA Sandakan juga masih menyewa rumah kedai untuk ibu pejabat batalion itu.

Beliau berkata Batalion 15 PGA Sandakan hanya memiliki kuarters di Batu 10 dan bagi tapak pembinaan bangunan pejabat batalion ini telah sedia ada.

“Dalam lawatan saya kelmarin di Batalion 14 PGA Tawau, saya mendapati kemnya juga daif dan begitu juga bangunan bagi Ibu Pejabat Briged Sabah yang masih menggunaka­n bangunan lama yang amat tidak sesuai dengan keanggotaa­n yang begitu ramai,” katanya.

Mastor berkata semua ini akan dikemukaka­n kepada kerajaan untuk diambil perhatian dalam usaha memantapka­n lagi keselamata­n di pantai timur Sabah.

Turut hadir, Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran Asisten Komisioner Nasaruddin M Nasir, Pegawai Pemerintah Batalion 15 PGA Sandakan Superinten­dan Toipi Lamat, Timbalan Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran Superinten­dan Farhan Lee Abdullah dan pegawai kanan PGA.

 ??  ??
 ??  ?? TANDATANGA­N: Mastor menandatan­gani buku lawatan Batalion 20 PGA Beluran sambil diperhatik­an oleh Nasaruddin (kiri) dan Toipi (kanan).
TANDATANGA­N: Mastor menandatan­gani buku lawatan Batalion 20 PGA Beluran sambil diperhatik­an oleh Nasaruddin (kiri) dan Toipi (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia