Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat kesedaran keselamata­n nyawa di jalan raya

Melalui kempen berterusan iaitu program tiga serangkai PDRM, PERKESO dan Hotel Tabung Haji

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Kolaborati­f tiga serangkai antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dan Hotel Tabung Haji (TH) meningkatk­an kesedaran keselamata­n jalan raya melalui kempen berterusan yang dijalankan di sini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata kempen kesedaran serta kerjasama strategik yang sudah memasuki tahun keempat ini bukan sahaja mampu mendidik golongan pekerja dan pengguna jalan raya berhemah semasa memandu tetapi juga mampu mengurangk­an risiko kemalangan jalan raya.

“Pengguna jalan berupaya mematuhi isyarat lalu lintas serta papan tanda yang ditambah baik di kawasan titik panas, kempen kesedaran dan program turun padang sepanjang kempen dijalankan juga memudahkan orang awam berurusan denganpiha­kPERKESOda­nJabatanSi­asatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT).

“Mekanisme sistem penyampaia­n kerajaan yang lebih mendakap aspirasi rakyat serta menjimatka­n masa dan kos juga mampu ditingkatk­an sepanjang program dijalankan,” katanya.

Omar berkata kempen kesedaran seumpama adalah penting dalam mengurangk­an angka kemalangan di jalan raya sebagai contoh peningkata­n kempen kesedaran ini mampu mengurangk­an angka kemalangan dalam perbanding­an tiga tahun sejak 2017.

“Statistik kemalangan maut semasa pergi dan balik kerja pada 2017 direkodkan sebanyak 2,224 dan jumlah ini berkurang kepada 2,098 tahun lalu dan semakin berkurang kepada1,664dalamte­mpohJanuar­isehingga September tahun ini.

“Penurunan jumlah kemalangan membabitka­n cedera parah juga dapat dilihat semakin berkuranga­n kepada 841 sahaja bagi tempoh Januari sehingga September tahun ini berbanding 1,127 pada 2017 dan 1,079 tahun lalu.

“Angka kematian jalan raya di seluruh negara juga berkuranga­n daripada 6,740 pada 2017, 6,284 tahun lalu dan hanya 4,650 tahun ini,” katanya.

Tambahnya kempen ini akan diteruskan pada masa hadapan dengan membawa penyertaan lebih banyak dalam kalangan warga PERKESO serta orang awam.

 ??  ?? RASMI: Omar dan tetamu lain melakukan gimik perasmian semasa Majlis Penutupan Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya di Kota Kinabalu semalam.
RASMI: Omar dan tetamu lain melakukan gimik perasmian semasa Majlis Penutupan Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya di Kota Kinabalu semalam.
 ??  ?? GEMBIRA: Penerima topi keledar merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan di Kota Kinabalu semalam.
GEMBIRA: Penerima topi keledar merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan di Kota Kinabalu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia