Utusan Borneo (Sabah)

SAFAR DILANTIK SKN BAHARU

Menggantik­an Datuk Seri Panglima Hashim Paijan

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Datuk Safar Untong, 55, dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) baharu bermula 4 November 2019.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, pelantikan Safar bagi menggantik­an Datuk Seri Panglima Hashim Paijan yang bersara wajib pada 2 November lepas.

Menurutnya, kerajaan negeri bersetuju melantik Safar sebagai SKN atas pengalaman luas beliau dalam perkhidmat­an awam negeri Sabah sejak 32 tahun lepas.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas majlis penyerahan watikah pelantikan dan serah terima tugas daripada Hashim kepada Safar di sini semalam.

Katanya, Safar menyertai perkhidmat­an awam pada Oktober 1987 sebagai Juruukur Daerah A18 dan pernah memegang pelbagai jawatan dalam Jabatan Tanah dan Ukur.

“Antara jawatan beliau termasukla­h Pegawai Juruukur Daerah Bahagian Pantai Barat Selatan, Juruukur Daerah Bahagian Pantai Barat Utara, Penolong Pemungut Hasil Tanah Sandakan, Penguasa Tanah dan Ukur (Ibu Pejabat), Ketua Penolong Pengarah (Ukur), dan Timbalan Pengarah Tanah dan Ukur,” katanya.

Anak kelahiran Kampung Banting, Beaufort, ini memulakan pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Weston Beaufort dan Sekolah Menengah (SM)

St. John Beaufort sehingga Tingkatan 3 sebelum menyambung persekolah­an di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manggatal Kota Kinabalu.

Beliau kemudianny­a melanjutka­n pengajian ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) peringkat Sarjana Muda Ukur (Ukur dan Tanah) Kepujian sebelum meneruskan pengajian peringkat Sarjana Pentadbira­n Perniagaan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Safar sekali lagi meneruskan pengajian peringkat Sarjana Sains (Pembanguna­n dan Pentadbira­n Tanah) di UTM pada 2007 hingga 2008.

Isteri beliau Datin Nuinda Alias adalah Pengetua Kanan Maktab Sabah dan mereka mempunyai empat anak.

 ??  ?? SAKSI: Shafie (tengah) menyaksika­n penyerahan tugas SKN di antara Hashim (kiri) dan Safar (kanan).
SAKSI: Shafie (tengah) menyaksika­n penyerahan tugas SKN di antara Hashim (kiri) dan Safar (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia