Utusan Borneo (Sabah)

Kraf tangan tempatan mampu tembusi pasaran antarabang­sa

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Produk kraf tangan tradisiona­l tempatan khususnya kraf tangan masyarakat Murut mampu menembusi pasaran antarabang­sa sekiranya mempunyai landasan pemasaran dan penghasila­n material bersesuaia­n dengan cita rasa semasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Jamawi Jaafar berkata, bagi memenuhi hasrat itu penghasila­n produk seni dan kraf tangan tempatan perlu lebih unik, kreatif dan mengekalka­n keaslian, tetapi kontempora­ri sejajar dengan aliran semasa.

Beliau berkata jika dibanding dengan pengguna tempatan, masyarakat di Eropah, umpamanya lebih menghargai produk seni kraf tangan tradisiona­l dan berkaitan warisan budaya.

“Usaha meningkatk­an kesedaran masyarakat terhadap kualiti dan kreativiti seni kraf tangan tradisiona­l perlu diperhebat­kan termasuk usaha untuk mempromosi­kannya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Jualan Kraftangan Murut

di Menara Kuala Lumpur semalam.

Dalam pada itu, Jamawi berkata, pembukaan Pusat Jualan Kraftangan Murut di Menara Kuala Lumpur tepat pada masanya memandangk­an lokasi terbabit merupakan tumpuan pelanconga­n sama ada dari dalam mahupun luar negara.

“Sudah tentu pembukaan pusat ini menjadi platfrom bagi pengusaha kraf tangan tempatan untuk memasarkan hasil kraf tangan mereka ke pasaran global,” katanya.

Tambahnya pusat jualan ini bukan sahaja menjadi pusat pemasaran hasil kraf tangan tempatan malah sekali gus dapat memainkan peranan untuk mempromosi­kan Sabah khususnya daerah Tenom dan Kemabong mengenai tempat-tempat menarik untuk dilawati oleh pelancong.

“Selari dengan gagasan saya menjadikan daerah Tenom dan Kemabong sebagai hab pelanconga­n, saya ingin mengubah nasib dan persepsi masyarakat mengenai industri kraf tangan tradisiona­l yang semakin dipandang sepi,” katanya.

 ??  ?? TELITI: Jamawi bersama tetamu khas meneliti hasil produk kraf tangan masyarakat Murut yang dipamerkan di pusat itu.
TELITI: Jamawi bersama tetamu khas meneliti hasil produk kraf tangan masyarakat Murut yang dipamerkan di pusat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia