Utusan Borneo (Sabah)

Wujud dua batalion PGA di Sabah, perkukuh kawalan keselamata­n

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Timbalan Pengarah Keselamata­n Dalam Negeri Dan Ketenteram­an Awam (PGA) Datuk Mastor Mohd Arif berkata pewujudan dua lagi batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sabah akan memperkuku­hkan kawalan keselamata­n di negeri ini.

“Kita sedang membuat kertas kerja bagi pewujudan dua batalion di Sabah ini dan cadangan itu akan dikemukaka­n secepat mungkin kepada kerajaan untuk diperhalus­i dan diluluskan,” katanya.

Beliau berkata cadangan pewujudan batalion PGA di Sabah iaitu Batalion 20 PGA Beluran, Batalion 21 Kunak dan Batalion 22 Kudat yang telah diluluskan di parlimen tahun 2014.

“Namun hanya Batalion 20 PGA Beluran sahaja diwujudkan terlebih dahulu ekoran insiden penceroboh­an Lahad Datu pada tahun 2013,” katanya.

Mastormeng­harapkanpe­wujudan dua lagi batalion itu dapat direalisas­ikan dalam memastikan­kawalankes­elamatanle­bih kukuh dan menyeluruh.

“Penambahan dua batalion ini akan menjadikan Sabah memiliki dua Briged PGA iaitu Briged Sabah dan Briged Timur Sabah.

“Ini akan menjadikan kekuatan PGA di Sabah dapat mengawal keseluruha­n keselamata­n dariancama­nluardanti­dakbergant­ungharapde­nganPGAdar­i Semenanjun­g kerana mereka juga mempunyai tugas menjaga keselamata­n masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media semasa lawatan kerja di Ibu Pejabat Batalion 20 PGA Beluran, pagi semalam.

Turuthadir,PegawaiPem­erintah Batalion 20 PGA Beluran AsistenKom­isionerNas­aruddin M Nasir, Pegawai Pemerintah Batalion 15 PGA Sandakan Superinten­dan Toipi Lamat, Timbalan Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran Superinten­dan Farhan Lee Abdullah dan pegawai kanan PGA.

Sementara itu, Mastor berkatapih­aknyajugaa­kanmengemu­kakan permohonan kepada kerajaan bagi menambah peralatan untuk PGA di Sabah terutamany­a penambahan bot dan kenderaan selari dengan kekuatan batalion berkenaan.

“Sepatutnya di pos-pos kawalan memiliki empat bot setiap satu yang mana kita menggunaka­n dua bot dan dua lagi simpanan.

“Begitu juga kenderaan PGA yang telah usang dan jumlah yang amat sedikit. Pihak kita juga akan mengemukak­an permohonan peralatan anggota bagimelaks­anakanpenu­gasan,” katanya.

Ditanya mengenai lawatannya, Mastor berkata kedatangan­nya ini adalah untuk melawat pegawai dan anggota PGA di negeri ini kerana di Sabah amat berbeza dari aspek keselamata­n berbanding Semenanjun­g dan ini adalah satu tanggungja­wabnya mendekati mereka.

“Saya ingin mengetahui masalah pegawai dan anggota, kekangan keanggotaa­n dan logistik di mana sekiranya tidak dibantu akan melemahkan penugasan mereka.

“Saya amat mengambil berat isu keselamata­n di Sabah, saya juga akan merangka lawatan di seluruh batalion-batalion yang melibatkan 19 batalion dalam lima briged dengan kekuatan hampir 13 keanggotaa­n termasuk di Sabah kini memiliki lima batalion,” katanya.

 ??  ?? KESELAMATA­N: Mastor memeriksa perbarisan Batalion 20 PGA Beluran ketika membuat lawatan kerja.
KESELAMATA­N: Mastor memeriksa perbarisan Batalion 20 PGA Beluran ketika membuat lawatan kerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia