Utusan Borneo (Sabah)

Pindaan undang-undang lebih keras dikenakan kepada pemburu haram

- Oleh Yusop Teppo ALBUM: Mastor bersama Nasaruddin dan Toipi bergambar bersama pegawai kanan Batalion 20 PGA Beluran.

SANDAKAN: Kerajaan Negeri Sabah diharapkan dapat membuat pindaan undangunda­ng berkaitan pemburu haram yang lebih berat dalam usaha mengekang pemburuan haram serta penceroboh­an hutan di negeri ini.

Timbalan Pengarah Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (PGA) Datuk Mastor Mohd Arif berkata, beliau dapati hukuman yang dikenakan kepada pesalah (pemburu haram) di negeri ini amat berbeza dengan Semenanjun­g.

“Hukuman yang diperuntuk­kan di Sabah agak lembut berbanding di Semenanjun­g Malaysia yang mengenakan hukuman amat berat sekali.

“Saya memberi contoh pada bulan April lepas, dua orang dari negara Kemboja memasuki hutan dengan menceroboh dan memburu secara haram dikenakan hukuman oleh mahkamah di Semenanjun­g sebanyak RM1.6 juta atau 18 tahun penjara,” katanya.

Beliau berkata sekiranya hukuman yang keras di Sabah, “saya rasa pemburu haram akan membatalka­n niatnya bagi melakukan pemburuan ekoran hukuman yang terlalu keras dan ini merupakan salah satu langkah untuk mengawal pemburu haram dan penceroboh hutan.”

Sabah kini memperuntu­kkan kesalahan pemburuan haram di bawah Enakmen Pemulihara­an Hidupan Liar 1997 yang hanya mengenakan hukuman denda RM50,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mastor berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media semasa lawatan kerja di Ibu Pejabat Batalion 20 PGA Beluran, pagi semalam.

Turut hadir, Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran Asisten Komisioner Nasaruddin M Nasir, Pegawai Pemerintah Batalion 15 PGA Sandakan Superinten­dan Toipi Lamat, Timbalan Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran Superinten­dan Farhan Lee Abdullah dan pegawai kanan PGA.

Dalam pada itu, beliau berkata PGA akan melaksanak­an Ops Bersepadu Khazanah di negeri ini dalam membendung penjenayah yang melakukan pemburuan haram serta menjual flora dan fauna seperti yang dilaksanak­an di Semenanjun­g Malaysia.

“PGA Sabah akan bekerjasam­a dengan Jabatan Hidupan Liar, Jabatan Perhutanan Sabah dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam menjaga fauna dan flora untuk melaksanak­an operasi ini bersama di kawasan hutan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata dengan pelaksanaa­n operasi ini diharap akan memperoleh­i kejayaan dalam membendung pemburu haram seperti kejayaan yang diperolehi di Semenanjun­g Malaysia.

“Kita telah berjaya menangkap warga-warga asing yang menceroboh­i hutan dan melakukan pemburuan di Semenanjun­g,” katanya.

Beliau berharap akan menangkap penceroboh dan pemburu haram di negeri ini yang mengaut keuntangan dengan memburu hidupan liar dan menjual hasil hutan Sabah.

“Batalion 15 PGA Sandakan akan memulakan operasi pada 15 November ini di lokasiloka­si panas. Kita juga mengenal pasti lokasi dan buat masa ini tidak kita dedahkan kerana akan menjejaska­n operasi itu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia