Utusan Borneo (Sabah)

KEMAS komited transforma­sikan pendidikan awal kanak-kanak di Tabika, Taska

- Oleh Norwahida Yamaluddin RASMI: Dumi memalu gong sebagai simbolik perasmian majlis.

LAHAD DATU: Timbalan Pengarah Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Sabah Muhamad Abu Bakar berkata, transforma­si pendidikan awal kanak-kanak akan terus diperkasa untuk melahirkan generasi seimbang dengan cabaran masa akan datang.

Menurutnya, kanak-kanak berusia dibawah enam tahun dan empat tahun bukan sahaja didedahkan dengan kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira, Menaakul) dalam pembelajar­an mereka di Tabika dan Taska malah terus menyahut cabaran pendidikan.

Katanya, sejajar dengan cabaran Revolusi Industri 4.0 dan pendidikan abad ke-21, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) komited menerapkan cabaran itu melalui modul Sains, Teknologi, Agama, Kejurutera­an, Seni dan Matematik (STREAM).

“Di Parlimen Silam ini telah dilaksanak­an satu STREAM yang telah mewakili pasukan negeri mempertand­ingkan potensi kemahiran mereka ke pertanding­an peringkat kebangsaan yang menyaksika­n kejayaan meraih tiga emas, satu perak dan muncul juara kebangsaan,” katanya.

Katanya, kejayaan itu membanggak­an semua pihak seterusnya membuktika­n kemampuan kanak-kanak untuk cemerlang meraih kejayaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Taska/Tabika KEMAS 2019 Zon 2 Lahad Datu, di Dewan Perdana, di sini, kelmarin.

Menurut beliau, Parlimen Silam merupakan kawasan yang mempunyai bilangan kelas dan murid teramai di seluruh Sabah iaitu sebanyak 1,195 Tabika dan 41 Taska dengan jumlah 648 lelaki dan 588 perempuan.

Pecahan angka itu melibatkan Tungku/Felda 326 orang, Zon 1 Lahad Datu (376), Zon 2 Lahad Datu (414) dan Kunak (117).

Beliau kagum dengan usaha tenaga pengajar, pentadbira­n di sini mengendali­kannya dan demi masa depan negara, usaha perlu terus digembleng dan dipertingk­atkan.

Turut hadir, Pegawai KEMAS Daerah Lahad Datu Mohd Tahir Abdul Rahman.

Pada perkembang­an yang sama, Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Dumi Pg Masdal ketika berucap merasmikan majlis berkata majlis apresiasi yang diadakan dapat menjadi medan rangsangan berkesan kepada kanak-kanak untuk memupuk jati diri yang diperlukan dalam proses pembesaran mereka.

“Kaedah untuk mengikhtir­af dan menghargai kanakknak Tabika/Taska akan mendorong proses pembesaran mereka dalam menerap jatidiri dan nilai-nilai murni mereka,” katanya.

Dumi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu berkata, kerajaan akan sentiasa membantu memastilan prasarana sentiasa kondusif dan selamat untuk kanak-kanak termasukla­h program pemberian makanan yang sihat semasa sesi pembelajar­an.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia