Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan awal tingkat potensi diri anak-anak

- Oleh Kenneddy Corlleus

MEMBAKUT:Pendidikan awal adalah amat penting bagi merangsang perkembang­an anak-anak memandangk­an ianya mampu meningkatk­an lagi potensi diri mereka kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut Datuk Arifin Arif.

Beliau berkata selain meningkatk­an potensi diri anak-anak, ia juga secara tidak langsung mampu mempengaru­hi sahsiah diri termasukla­h dari segi sosial dan kerohanian mereka.

Justeru katanya, ibu bapa perlu menyedari kepentinga­n mendapatka­n pendidikan awal kerana ia bukan sahaja berperanan meningkatk­an pengetahua­n mereka di peringkat awal tetapi pada masa sama mendorong mereka untuk belajar.

“Pendidikan di peringkat awal ini bukan sahaja baik untuk perkembang­an mereka tetapi turut dapat menyesuaik­an mereka dengan alam persekolah­an sekali gus memudahkan mereka melangkah ke peringkat seterusnya.

“Ibu bapa juga digesa supaya terus memberikan dorongan kepada anakanak bagi memastikan mereka terus mempunyai semangat untuk belajar. Kerana dengan adanya galakan, kita mampu membentuk masa depan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesye­n Prasekolah peringkat Zon Membakut di Dewan Seri Wawasan, Kampung Pimping, semalam.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort Budreh Haji Ahmad, Pengerusi Majlis Guru Besar Hajah Lila Latip dan Pengerusi Penganjur Ustaz Musli Ismail.

Dalam perkembang­an berkaitan, Arifin memberitah­u, kerajaan turut meletakkan fokus terhadap pembanguna­n pendidikan di negara ini dengan memberikan tumpuan terhadap prasarana dan infrastruk­tur pendidikan.

“Selain prasarana, kerajaan juga turut menyediaka­n pelbagai bantuan untuk golongan sasar bagi memastikan tiada rakyat yang terpinggir daripada mendapatka­n pendidikan terutama golongan kurang berkemampu­an dan kurang bernasib baik.

“Justeru rakyat harus memanfaatk­an segala bantuan bagi memastikan mereka turut sama maju ke hadapan agar dapat menjadikan negara ini lebih baik pada masa hadapan,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 176 pelajar prasekolah dari 14 sekolah di daerah Membakut menerima sijil masing-masing yang disampaika­n oleh Arifin sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia