Utusan Borneo (Sabah)

LPPS serah RM712,294.55 zakat perniagaan kepada MUIS

- — PENERANGAN

KOTA KINABALU: Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) menyerahka­n zakat perniagaan berjumlah RM712,294.55 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Zakat itu diserahkan oleh Pengerusi LPPS Datuk Karim Bujang kepada Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Panglima Dr Hasbullah Mohd Taha dan disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, semalam.

Karim yang diiringi Timbalanny­a Datuk Maisuri Besri serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah Datuk Yusop Ag

Besar, Mohammed Sahid Nawab Khan dan Penolong Pengurus Besar LPPS Felix Liangson menjelaska­n, jumlah itu adalah berdasarka­n jumlah keuntungan yang dijana badan itu bagi tahun 2018.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Timbalan Yang Dipertua MUIS Datuk Matusin Awang Damit, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif Ramlan Awang Ali dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Zakat dan Fitrah Iwansuzair­ie Hari.

Mengulas mengenai perkembang­an projek membesarka­n Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar yang diumum Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Julai lepas, Karim memaklumka­n, projek terbabit berjalan mengikut jadual yang ditetapkan dan berharap aktiviti import dan eksport di Sabah dapat berjalan dengan efektif.

“Projek pembesaran Pelabuhan Sepanggar ini dilaksanak­an oleh Sabah Port Sdn Bhd dan kita dimaklumka­n kerja-kerja di peringkat awal sedang berlangsun­g, malah kini memanggil tender.

“Dalam usaha merealisas­ikan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Pelabuhan Kontena di Teluk Sepanggar sebagai Hab Perkapalan, beberapa kemudahan telah kita tambah baik, di samping pembelian jentera-jentera baharu yang mengendali­kan kontena dengan lebih efisien,” katanya.

Tambah beliau, selain menyerahka­n zakat perniagaan, kunjungan hormat kali pertama itu juga merupakan penghargaa­n kepada Tun Juhar daripada Ahli-ahli Lembaga LPPS atas pelantikan mereka untuk tempoh dua tahun.

 ??  ?? SERAH ZAKAT: Karim menyerahka­n replika cek zakat perniagaan LPPS kepada Hasbullah (lima kanan), disaksikan Tun Juhar (tengah).
SERAH ZAKAT: Karim menyerahka­n replika cek zakat perniagaan LPPS kepada Hasbullah (lima kanan), disaksikan Tun Juhar (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia