Utusan Borneo (Sabah)

Murid SK Lubok Temiang jayakan Bual Bicara bersama Duta Perpaduan Kebangsaan 2019

-

LABUAN: Murid Tahap Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Temiang menjayakan Bual Bicara bersama Duta Perpaduan Kebangsaan 2019 yang diadakan di Dewan Terbuka SKLT, baru-baru ini.

Program anjuran Pusat Sumber AlFaaeq, SK Lubok Temiang itu diketuai penyelaras program Cikgu Hasnan Md Saad.

Menurut Hasnan, antara matlamat program itu ialah memberi pendedahan kepada murid SK Lubok Temiang tentang potensi diri yang boleh berjaya jika berusaha dengan mengambil contoh atas kejayaan dan kecemerlan­gan golongan OKU pendengara­n.

“Kami mahu menerusi program itu, murid menghargai dan menghormat­i golongan OKU dan bersedia untuk hidup bersama,” katanya ditemui selepas berakhirny­a majlis itu.

Program itu dikendalik­an penerima Anugerah My Hero 3.0 dan Duta Perpaduan Kebangsaan 2019, Md Herman Saidin.

Beliau juga merupakan aktivitis sukarelawa­n OKU, Jurubahasa Isyarat tunggal di Wilayah Persekutua­n Labuan. Pengerusi Persatuan Bagi Orang-Orang Istimewa (PBOIL). Jurulatih dan Mentor bagi OKU Pendengara­n.

Atlet sukan muay thai, Aremiah Edmund yang kini bertugas sebagai pembantu cef di Hotel Dorset dan jurulatih sukan dalam komuniti OKU pendengara­n turut berkongsi ilmu dan pengalaman beliau.

Turut berkongsi pengalaman ialah Julianah Osman seorang suri rumah sepenuh masa dan terlibat sebagai tukang jahit industri yang memiliki perniagaan sendiri.

Guru Besar SK Lubok Temiang, Haji Adam Abdul Rahim turut hadir sebagai tanda sokongan bukan sahaja kepada program tersebut tetapi juga OKU terbabit.

Pada masa sama, beliau berharap usaha murni ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Perpaduan dapat dipupuk antara golongan OKU bersama insan lain tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan,”tambah beliau.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program berlangsun­g termasuk berkongsi pengalaman dan kisah hidup suka duka sepanjang menjadi OKU dan belajar bahasa isyarat.

Cikgu Hasnan berharap murid SKLT akan mengambil iktibar daripada kisah hidup OKU tersebut untuk mereka mengutamak­an ilmu bagi manfaat diri dan keluarga pada masa hadapan.

 ??  ?? ALBUM: Murid-murid merakam gambar kenangan bersama Duta Perpaduan Kebangsaan 2019 Md Herman Saidin dan warga SK Lubok Temiang.
ALBUM: Murid-murid merakam gambar kenangan bersama Duta Perpaduan Kebangsaan 2019 Md Herman Saidin dan warga SK Lubok Temiang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia