Utusan Borneo (Sabah)

Sesi Dialog Khas bersama penduduk Kg Ulu Segama

Inisiatif Persatuan Suku Kaum Dusun Subpan dalam membantu rakyat supaya memahami dasar kerajaan

- SESI DIALOG: AJK penganjur bersama panel yang hadir dalam sesi dialog itu. RASMI: Salsagap merasmikan sesi dialog berkenaan.

LAHAD DATU: Persatuan Suku Kaum Dusun Subpan Segama Lahad Datu dengan kerjasama Ketua-Ketua Adat dan Majlis Pengurusan Kampung mengadakan Sesi Dialog Khas bagi membantu penduduk Kampung Ulu Segama menangani masalah berkaitan pembinaan Jalan Tawayari Lahad Datu melibatkan tanah, tanamtanam­an dan bangunan.

Pengerusi penganjur Michael Edwin berkata antara perkara dan isu yang diutarakan dalam dialog berkenaan adalah pemahaman kurang jelas penduduk kampung terhadap dasar kerajaan mengenai pampasan ganti rugi harta benda yang terlibat dalam projek pembinaan jalan raya berkenaan.

Michael memberitah­u, sebanyak 150 lot tanah bergeran yang terjejas akibat pembinaan jalan raya Tawayari adalah tanah milik individu selain kira-kira 100 bangunan termasuk gereja dan 32 rumah PPRT.

Sesi dialog itu bertujuan membantu agensi kerajaan iaitu pihak JKR untuk sama-sama mengatasi sebarang masalah yang timbul berhubung pampasan agar projek pembinaan jalan Tawayari itu tidak tergendala dan berjalan lancar serta menepati sasaran siap yang ditetapkan.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Dusun Subpan Segama Lahad Datu KK

Baginda Sunoi Rumokai, merayu kepada pihak kerajaan agar dapat menilai dan membayar gantirugi terhadap tanah, bangunan dan tanam-tanaman yang terlibat dalam projek itu.

Beliau juga mengharapk­an agar kerajaan memberikan kelonggara­n syarat-syarat yang ditentukan terhadap tanah, tanaman dan bangunan yang terletak dalam rizab jalan agar dapat dibayar pampasan memandangk­an sebahagian besar daripada tanah-tanah milik penduduk adalah tanah bergeran.

Dialog ini memberikan peluang kepada penduduk kampung untuk menyuaraka­n masalah-masalah berkaitan memandangk­an sebahagian daripada penduduk Kampung Ulu Segama pernah tidak dibayar pampasan dalam projek yang sama sebelumnya.

Mantan pegawai kerajaan (ADO) Hj. Sari Arshad yang juga terlibat dalam projek pembinaan itu mengucapka­n terima kasih kepada pihak Persatuan Suku Kaum Dusun Subpan bersama ketua-ketua adat dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung kerana dapat memainkan peranan dan inisiatif dalam usaha untuk menganjurk­an dialog ini.

Program itu dapat membantu rakyat khasnya penduduk terlibat supaya mendapat informasi yang jelas dan faham mengenai prosedur pembayaran pampasan yang dilaksanak­an oleh pihak kerajaan.

Sesi Dialog Khas itu dihadiri kira-kira 200 orang penduduk Kampung Ulu Segama dan agensi-agensi seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertanian, Sabah Electricit­y Sdn Bhd dan pihak kontraktor yang terlibat.

Dailog itu dirasmikan oleh Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Haji Salsagap Pg Masdal yang mewakili ADUN Lahad Datu Haji Dumi Pg Masdal.

 ??  ?? PENJELASAN: Penduduk Ulu Segama yang menghadiri sesi dialog itu.
PENJELASAN: Penduduk Ulu Segama yang menghadiri sesi dialog itu.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia