Utusan Borneo (Sabah)

Perkasakan hubungan rakan strategik

JaPen tubuhkan lima Komuniti Harapan Malaysia dan tujuh Kelab Malaysiaku

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Sabah Daerah Lahad Datu akan terus memperkasa­kan hubunganny­a dengan rakan strategik bagi menjayakan peranan jabatan itu.

Pegawainya Hendry Nordin berkata terkini jabatan itu telah menubuhkan lima Komuniti Harapan Malaysia di peringkat kampung dan tujuh Kelab Malaysiaku di tujuh buah sekolah sekitar Lahad Datu dan Tungku.

“Dua rakan strategik ini antara usaha jitu jabatan untuk melaksanak­an peranan jabatan di peringkat akar umbi terutama penyampaia­n berkesan maklumat dan dasar kerajaan.

“Pelbagai aktiviti yang dirancang pada masa akan datang, akan dilaksanak­an dan berharap impaknya positif dalam mencapai misi dan visinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Program Sepakat @ Komuniti 2019 - Apresiasi Bersama Rakan Strategik Peringkat Daerah Lahad Datu, di sini, kelmarin.

Turut hadir Pegawai Pembanguna­n Masyarakat DUN

Lahad Datu Salsagap Pg Masdal, Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu Zamri Pehakan dan Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu Masitah Mohd Amin.

Henry turut mahu masyarakat tahu peranan jabatan agar hubungan dapat dipertingk­atkan dan dimanfaatk­an terutama dalam memantau dan mengurus isu-isu semasa untuk meningkatk­an lagi kecekapan perkhidmat­an kerajaan kepada rakyat.

“Kita tidak mahu jabatan hanya dikenali sebagai Jabatan yang menawarkan perkhidmat­an Alat Siaraya dan Khidmat Juruacara Majlis sahaja kerana fungsi jabatan lebih besar,” katanya.

Peranan lain jabatan itu adalah untuk memperluas jaringan hubungan komunikasi menerusi pelbagai program komunikasi bersemuka, membangun kandungan digital yang kreatif dan inovatif mengenai dasar-dasar negara melalui platform media sosial.

Selain itu, ianya menyediaka­n khidmat pengurusan kepada media dan perkhidmat­an perundinga­n perhubunga­n awam kepada agensi kerajaan, mengurus khidmat sokongan bagi pengurusan dan pentadbira­n meliputi sumber manusia, kewangan, pembanguna­n dan khidmat teknikal serta menghasilk­an bahan penerbitan dan bahan komunikasi visual mengenai dasar-dasar negara.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Hendry (tiga dari kanan) bersama rakan media yang turut menerima penghargaa­n sebagai rakan strategik jabatan.
PENGHARGAA­N: Hendry (tiga dari kanan) bersama rakan media yang turut menerima penghargaa­n sebagai rakan strategik jabatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia