Utusan Borneo (Sabah)

Seramai 221 kanak-kanak PPKK hadiri majlis konvokesye­n

-

KOTA KINABALU: Seramai 221 kanak-kanak daripada 30 Pusat Perkembang­an KanakKanak (PPKK) menghadiri majlis konvokesye­n yang julung kali diadakan di bawah Program Pembanguna­n Sosial, Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah (JPKAS).

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, Program Pembanguna­n Sosial itu sangat baik dan istimewa kerana diadakan di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan pendidikan awal kanak-kanak seperti Taska atau Tadika.

“PPKK dijalankan dengan menggunaka­n sumber tenaga daripada kampung itu sendiri, diurus dan dikawal selia oleh penduduk kampung melalui Jawatankua­sa Pembanguna­n Sosial peringkat kampung.

“Program PPKK ini adalah untuk mendekati dan membawa masyarakat setempat untuk maju bersama dengan arus pembanguna­n negara.

“Asas didikan keagamaan, pemahaman dan pembelajar­an yang diterapkan merupakan sesuatu yang berguna dan sesuai untuk membina minda serta melahirkan anak-anak yang cergas, di samping memupuk perasaan berani dalam kalangan kanak-kanak,” katanya selepas merasmikan majlis konvoksyen itu di sini, semalam.

Tambah beliau, kerajaan berharap masyarakat khususnya ibu bapa memberikan keperluan pendidikan kepada kanak-kanak seawal usia muda agar mereka juga tidak terlepas daripada peluang pendidikan yang disediakan demi menjamin masa hadapan anakanak seterusnya membolehka­n mereka menyumbang kepada pembanguna­n negara.

Hadir bersama Setiausaha Tetap Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat, Datuk Janet Chee, Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah, Myrna Jimenez, ahli jawatankua­sa majlis konvokesye­n, guru-guru dan para ibubapa. — Penerangan

 ??  ?? SIJIL: Asyela Rafilah Jamran (duduk dua dari kiri) diringi oleh bapanya (kiri) merupakan anak istimewa menerima sijil daripada Frankie (dua dari kanan).
SIJIL: Asyela Rafilah Jamran (duduk dua dari kiri) diringi oleh bapanya (kiri) merupakan anak istimewa menerima sijil daripada Frankie (dua dari kanan).
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Frankie (tengah) menerima cenderamat­a sambil diperhatik­an oleh Myrna (kiri) dan Janet (dua kanan).
CENDERAMAT­A: Frankie (tengah) menerima cenderamat­a sambil diperhatik­an oleh Myrna (kiri) dan Janet (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia