Utusan Borneo (Sabah)

Jelajah YDKMM Sabah ke pantai timur

Dijayakan bersama Pusat Mengaji An-Nur (PMA) dan sukarelawa­n YOSH

- JEMAAH: Bersama jemaah dan AJK Masjid Ar-Raudah, Lahad Datu.

KOTA KINABALU: Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) Sabah bersama Team Pusat Mengaji AnNur (PMA) melakukan jelajah ke pantai timur Sabah iaitu Tawau, Semporna dan Lahad Datu baru-baru ini.

Misi kali ini diketuai oleh Pengasas Bersama YDKMM merangkap penasihat YDKMM Sabah iaitu Fakhrullah Mawardi.

“Misi jelajah kali ini turut dijayakan bersama Team PusatMenga­jiAn-Nur(PMA) yang bertujuan meninjau dan melihat keadaan kelas-kelas mengaji di bawah bimbingan PMA di bahagian pantai timur Sabah,” kata Fakhrullah.

Selain itu, YDKMM Sabah juga membuka peluang kepada masyarakat di sekitar pantai timur yang ingin bekerjasam­a membangun dari segi pembanguna­n pendidikan, ekonomi serta sosial masyarakat Sabah melalui pembentang­an Projek Pembanguna­n Asnaf dan Mualaf Sabah yang disampaika­n oleh Fakhrullah di tiga buah Masjid Besar Daerah Tawau, Semporna dan Lahad Datu.

“Alhamdulil­lah, dengan sedikit pengalaman yang kami ada ketika menjalanka­n misi di beberapa tempat di luar negara dalam usaha membangun pendidikan, ekonomi dan sosial masyarakat, kami juga ingin mengaplika­sikannya bagi pembanguna­n masyarakat Sabah pula.

“Oleh itu, kami sangat mengalu-alukan bagi mana mana pihak yang ingin bersama kami untuk membangunk­an pendidikan, ekonomi dan sosial terutamany­a masyarakat di Sabah,” katanya.

Ketika Jelajah itu, Y D K M M Sabah turut mengadakan

Program Jom Masuk Pulau bersama penduduk Kampung Berjasa di Pulau Bum Bum, Semporna.

Seramai enam orang sukarelawa­n YOSH dalam kalangan mahasiswa IPT terlibat dalam menjayakan program sehari itu.

Selain itu, seramai kira-kira 70 orang kanak-kanak Kg. Berjasa, Pulau Bum-Bum mengikuti Bengkel Mengaji anjuran PMA dan YDKMM Sabah dengan menggunaka­n Modul Qiraati serta Bengkel

Solat bagi kanak-kanak dan dewasa.

Fakhrullah berkata ini merupakan salah satu cawangan Pusat Mengaji An-Nur yang sedang giat dijalankan di kawasan Semporna.

“Pihak kami juga turut melaksanak­an pengajian alQuran ini secara percuma di beberapa buat tempat yang lain, seperti Lahad Datu, Tuaran, Kota Kinabalu dan sebuah lagi cawangan bakal dibuka di kawasan Tawau..

InsyaAllah,” katanya.

YDKMM Sabah mengalualu­kan mana-mana pihak yang ingin bekerjasam­a dalam menjayakan projekproj­ek pembanguna­n kemasyarak­atan, sosial, ekonomi, dan pendidikan.

 ??  ?? ALBUM: Peserta kanak-kanak dan orang dewasa Kg. Berjasa, Pulau Bum Bum yang mengikuti Bengkel Mengaji dan Bengkel Solat.
ALBUM: Peserta kanak-kanak dan orang dewasa Kg. Berjasa, Pulau Bum Bum yang mengikuti Bengkel Mengaji dan Bengkel Solat.
 ??  ?? JELAJAH: Fakhrullah Mawardi (kanan) bersama wakil YDKMM Sabah dan Pusat Mengaji An-Nur.
JELAJAH: Fakhrullah Mawardi (kanan) bersama wakil YDKMM Sabah dan Pusat Mengaji An-Nur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia