Utusan Borneo (Sabah)

LHDN berusaha dekati rakyat bagi penyampaia­n maklumat percukaian

- Oleh Yusop Teppo CENDERA KENANGAN: Abdul Rahman (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada salah seorang penceramah.

SANDAKAN: Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia Dato’ Sri Sabin Samitah berkata LHDN berusaha secara berterusan untuk mendekati rakyat dengan pelbagai pendekatan.

“Melihat kepada perkembang­an senario ekonomi dan sosial negara, LHDN Malaysia dituntut bertindak pantas dan kreatif dalam penyebaran maklumat percukaian serta sentiasa bersiap siaga dalam menyediaka­n penyampaia­n perkhidmat­an yang berinovati­f dan berkesan kepada rakyat.

“Biarpun pelbagai variasi dan pendekatan telah dilaksanak­an oleh LHDN demi memberi kesedaran dan pendidikan percukaian, platform Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) ini masih lagi relevan, tetap istimewa dan telah berada dalam kelasnya tersendiri di mana SPK dan LHDN adalah berpisah tiada,” katanya.

Beliau berkata SPK merupakan program tahunan LHDN, dan bagi tahun 2019 ini ia telah berlangsun­g buat kali ke-37.

“Objektif utama seminar percukaian ini adalah untuk memberi maklumat terkini kepada pengamal percukaian, badan-badan profesiona­l, para majikan dan orang ramai berkenaan isu-isu pindaan undang-undang percukaian yang baharu sahaja diumumkan dalam pembentang­an belanjawan pada 11 Oktober 2019 yang lepas,” katanya.

Sabin berkata SPK juga bertindak sebagai medium terbaik mendapatka­n maklumat terkini isu-isu percukaian dengan jelas dan tepat daripada LHDN Malaysia itu sendiri.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan SPK 2019 di Grand Ballroom Four Points Hotel Sandakan, kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Penyelaras­an Pejabat Pengarah Negeri Sabah Sabturiah Sulaiman.

Pada tahun ini, Sabin memberitah­u SPK akan diadakan di 23 buah lokasi di seluruh tanah air bagi memastikan seminar ini dapat dimanfaatk­an oleh semua golongan pembayar cukai.

“Bertepatan dengan tema Memacu Pertumbuha­n Dan Keberhasil­an Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama, terdapat dua topik utama yang akan dibincangk­an dalam SPK 2019.

“Topik pertama, iaitu ‘2020 Budget Proposals’ akan disampaika­n oleh Timbalan Pengarah Bahagian Industri Khas, Jabatan Dasar Percukaian, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Serina Ismail,” katanya.

Bagi topik kedua, iaitu ‘Post SVDP And The New

Horizon’ akan dibentangk­an oleh Pengarah Bahagian Dasar dan Teknikal Siasatan, Jabatan Siasatan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Fu Shiow Chyun.

“Kedua-dua penceramah ini merupakan pegawai kanan LHDNM yang memiliki kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang pengurusan dan pentadbira­n percukaian,” katanya.

Sabin berkata sistem percukaian negara merupakan sistem yang dimiliki secara bersama oleh kerajaan dan rakyat. Oleh itu, ia adalah tanggungja­wabbersama­setiap pihak untuk memastikan undang-undang percukaian terus dimartabat­kan menerusi pematuhan cukai secara sukarela.

Turut hadir, Pengarah LHDN Cawangan Sandakan Abdul Rahman Rasid,

Timbalan Pengarah LHDN Cawangan Sandakan Chan Sou Lan dan pegawai kanan LHDN.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia