Utusan Borneo (Sabah)

Projek perlu diteliti untuk penyampaia­n lebih berkesan: Wan Azizah

-

KUALA LUMPUR: Setiap projek kerajaan kini diteliti dan melalui proses pembidaan dan pemeroleha­n yang betul, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata ini adalah untuk memastikan kerajaan boleh mendapat projek yang betul, yang dibina oleh orang yang tepat untuk kualiti yang betul pada harga yang tepat dan disiapkan tepat pada masanya.

“Kami bahawa percaya tadbir urus yang berkesan dalam sektor awam menggalakk­an penggunaan sumber yang cekap dan penyampaia­n perkhidmat­an yang berkesan,” katanya semasa merasmikan Sidang Kemuncak Institut Audit Tertinggi ASEAN (ASEANSAI) ke-5 di sini semalam.

Dr Wan Azizah menegaskan belanjawan berasaskan sifar telah diperkenal­kan untuk mengambil dana daripada program, aktiviti atau projek yang tidak cekap, tidak berkesan dan penuh ketirisan.

Ia sebaliknya disalurkan kepada program, aktiviti atau projek yang memang berfungsi, kata timbalan perdana menteri.

Dr Wan Azizah berkata kebertangg­ungjawaban, ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik adalah norma pentadbira­n kerajaan semasa dan agenda keutamaann­ya.

“Kami bertekad untuk mengubah trend membimbang­kan dalam penyalahgu­naan kuasa, rasuah dan terlepas daripada hukuman, untuk mengubah negara ke arah Malaysia Baharu berdasarka­n prinsip kedaulatan undang-undang, keadilan dan inklusif,” katanya.

Dalam ucapannya, Dr Wan Azizah juga berkata mengiktira­f kepentinga­n kebebasan Jabatan Audit Negara Malaysia, Jawatankua­sa Khas Kabinet Khas mengenai Anti Rasuah bersetuju secara prinsip untuk meningkatk­an kebebasan Ketua Audit Negara

dengan meminda Akta Audit 1957.

“Meminda akta itu sahaja tidak cukup. Kita juga mesti memastikan kualiti dan kecekapan tugas audit dengan menyediaka­n pembiayaan yang mencukupi, peralatan dan kemudahan yang relevan, tertakluk kepada ketersedia­an belanjawan negara secara keseluruha­n,” katanya.

Mengenai SAI, beliau menekankan keperluan penting mewujudkan kerjasama di kalangan anggota ASEANSAI dalam melaksanak­an Pelan Strategik ASEANSAI 2018-2021, termasuk matlamat strategik untuk menyokong pelaksanaa­n Standard Antarabang­sa Institut Tertinggi ASEAN dan amalan baik yang lain.

“Saya berharap SAI Malaysia akan menerajui sumbang saran tentang bagaimana untuk menyelaras­kan dan bekerjasam­a dalam pembelajar­an dan perkongsia­n pengetahua­n di peringkat ASEAN,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN DELEGASI: Wan Azizah (tengah) ketika bergambar kenangan bersama para deligasi selepas merasmikan Sidang Kemuncak Institut Audit Tertinggi ASEAN (ASEANSAI) 2019 di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN DELEGASI: Wan Azizah (tengah) ketika bergambar kenangan bersama para deligasi selepas merasmikan Sidang Kemuncak Institut Audit Tertinggi ASEAN (ASEANSAI) 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia