Utusan Borneo (Sabah)

Valverde mengakui semakin tertekan selepas Barcelona diikat Slavia 0-0

-

BARCELONA, Sepanyol: Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde, mengakui pasukannya dalam prestasi hambar selepas satu tempoh kekalahan kepada Levante dalam La Liga Sepanyol dan seri tanpa jaringan di tempat sendiri kepada Slavia Prague dalam aksi Liga Juara-Juara Selasa lepas.

Lionel Messi melihat cubaannya terkena palang dalam separuh masa pertama tetapi ia mungkin cubaan terbaik Barca pada perlawanan hambar yang menyebabka­n Barca masih belum terjamin kelayakan ke pusingan kedua dari saingan Kumpulan F.

“Minggu lepas kami tewas kepada Levante dan kami tahu ini bukan perlawanan yang baik juga untuk kami,” kata Valverde. “Kami masih belum bermain dengan memberangs­angkan Sabtu lepas dan juga hari ini dan kami tahu ada banyak tekanan ke atas pasukan sekarang. Kami harus memberi respon.”

Barcelona akan menentang Dortmund pada perlawanan seterusnya dan berharap mengesahka­n kemaraan ke pusingan kedua sebelum perlawanan terakhir pusingan pertama menentang Inter Milan di San Siro.

Jangkaanny­a ialah mereka sudah mengesahka­n kelayakan ke pusingan kedua tetapi Valverde kini menjadi perhatian dengan prestasi hambar ini hadir beberapa hari selepas pasukannya tewas 1-3 kepada Levante dalam aksi liga.

Jika kekalahan dikenal pasti dengan bolos tiga gol dalam tempoh tujuh minit, keputusan seri kali ini kurang dramatik tetapi dengan cerita yang sama penguasaan bola yang tidak menghasilk­an sebarang gol, sekali gus membangkit­kan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong di Nou Camp.

Messi hanya mampu berdiri kaku di tengah padang selepas tamat permainan dengan penyokong bersiul menyuaraka­n rasa tidak gembira dengan keputusan itu.

“Dalam bola sepak dewasa ini dan dengan pasukan seperti kami, ia hanya tentang kemenangan dan menang dengan bergaya,” kata Valverde. “Ia tidak pernah cukup. Musim bermula dan tiada sebarang perbincang­an tentang memenangi satu kejuaraan, hanya ada perbincang­an tentang memenangi tiga atau empat kejuaraan. Jadi kekecewaan itu muncul apabila anda tidak memenangi satu perlawanan.”

Pemain Slavia memberi tabik hormat kepada penyokong mereka sendiri seperti mereka melakukan satu kejutan.

Apa pun, ia adalah kali ketiga dalam 29 perlawanan Liga Juara-Juara di mana Barcelona gagal mencipta kemenangan di tempat sendiri, dengan dua lagi keputusan lain menentang Juventus dan Tottenham Hotspur pada musim lepas, ketika mana Barca sudah mengesahka­n kelayakan.

Malam mereka menjadi lebih buruk apabila Jordi Alba terpaksa dikeluarka­n pada masa rehat kerana kecederaan sementara kad kuning Gerard Pique bermain beliau tidak akan dapat diturunkan menentang Dortmund.

“Saya meminta sedikit kesabaran,” tambah Pique. “Kami tidak bermain di tahap yang kami jangkakan. Kami harus memperbaik­inya.”

Rentak kepantasan serangan Slavia mencemaska­n Barcelona pada 45 minit pertama permainan, yang boleh digambarka­n dengan Barca hanya mengharapk­an kelicikan Messi untuk menguji pertahanan Slavia.

Walaupun menguasai bola, Barca tidak kelihatan mampu menghampir­i kotak penalti Slavia selain aksi hambar beberapa pemain bintang seperti Ousmane Dembele dan Antoine Griezmann, yang tetap beraksi di bahagian sayap walaupun Luiz Suarez tidak diturunkan kerana kecederaan.

Keputusan seri itu bagaimanap­un mengekalka­n Barca di tangga teratas liga tetapi Dortmund hanya kurang satu mata di tangga kedua selepas menewaskan Inter Milan 3-2 pada perlawanan lain. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? RESAH: Reaksi Valverde ketika pasukannya diasak hebat oleh Levante pada perlawanan liga di Nou Camp, Barcelona kelmarin.
— Gambar Reuters RESAH: Reaksi Valverde ketika pasukannya diasak hebat oleh Levante pada perlawanan liga di Nou Camp, Barcelona kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia