Utusan Borneo (Sabah)

Goal fiesta & Bazaar bakal hangatkan Battle of the Reds

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: `Battle of the Reds’ bukan hanya mengenai pertembung­an antara Liverpool dan Manchester United di Stadium Likas pada 20 November tetapi juga peluang buat peminat dan keluarga mereka meraikan bersama pemain legenda kedua-dua pasukan itu lebih awal.

Perlawanan itu akan dihangatka­n dengan beberapa acara sampingan di perkaranga­n stadium yang dinamakan `Goal Fiesta & Bazaar’ setiap hari bermula 16 November sehinggala­h hari perlawanan.

Acara sampingan itu termasuk kejutan kehadiran pemain legenda kedua-dua pasukan untuk bertemu dan beramah mesra dengan pengunjung serta acara lain seperti cabutan pengunjung bertuah yang menawarkan hadiah barangan dan tiket menyaksika­n Battle of the Reds di Stadium Likas.

Pemain legenda berkenaan dijangka akan dihadirkan dalam slot tertentu yang akan diumumkan dari masa ke semasa di media sosial dan akhbar.

Peminat juga berpeluang bersukanek­a dalam permainan dan klinik bola sepak manakala beberapa acara juga akan disediakan untuk kanak-kanak.

Turut disediakan ialah menaiki tiga belon udara panas yang akan memberi peluangkep­adapenumpa­ng menikmati pemandanga­n sekitar Stadium Likas dan suasan `Goal Fiesta & Bazaar’.

Beberapa gerai makanan dan minuman termasuk `food trucks’, gerai untuk semua lapisan umur juga dibuka sepanjang tempoh itu.

World Football Legends yang mengendali­kan `Battle of the Reds’ telah memberi hak kepada syarikat Firm Horizon Sdn Bhd selaku penganjur rasmi acara-acara di luar stadium tersebut.

Tiket bagi menyaksika­n pertembung­an pemain legenda Liverpool dan Manchester United berharga RM150, RM280, RM380 dan RM900.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia