Utusan Borneo (Sabah)

SSMS juara keseluruha­n edisi ketiga

Rangkul 9 pingat emas, 6 perak dan 5 gangsa untuk ungguli Kejohanan Trek dan Padang Kumpulan Umur Berwang 2019

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) muncul juara keseluruha­n edisi ketiga Kejohanan Trek dan Padang Kumpulan Umur Berwang 2019.

Kejohanan yang berlangsun­g di Stadium Likas penghujung minggu lalu itu menyaksika­n SSMS merangkul 9 pingat emas, 6 perak dan 5 gangsa untuk bergelar juara keseluruha­n menewaskan lebih 50 pasukan lain.

Hizillawan­ty Jamain dan Nur Nasyatul Nadia Md Nasri muncul wirawati SSMS dengan masing-masing meraih 2 pingat emas individu.

Pelari jarak sederhana, Hizillawan­ty meraih emas pertama dalam acara 800m wanita terbuka dengan catatan 3:2.55s sebelum menggandak­an emas individuny­a itu dalam acara 1,500m dengan catatan 5:40.64s.

Nasyatul menang emas dalam acara 400m lari berpagar (70.95s) dan 400m (62.26s) wanita terbuka.

Kedua-dua wirawati SSMS itu malahan menambah koleksi pingat emas apabila mereka berganding­an dengan Camellia Jasten dan Floristhy Loura Paul meraih pingat emas dalam acara 4400m wanita terbuka.

Pemenang pingat emas lain SSMS ialah Firdaus Mohd Zamri (1,500m lelaki terbuka: 4:28.73s), Joshua Jack Anak Kumbang (lompat tinggi lelaki B15: 1.80m), Mohd Alif Mohd Razzi (merejam lembing lelaki terbuka: 53.70m) dan Muhammad Sunik Muslimin

(lompat kijang lelaki terbuka: 14.23m).

Pingat perak dimenangi Cemellia (perempuan B15 400m: 61.63s, 200m: 26.91s), Mo Azri Pirasa (800m lelaki terbuka: 2:00.65s), Mirach Han (lempar cakera lelaki terbuka: 41.71m), Azmin Ahmad Dia (5,000m lelaki terbuka: 17:50.64s) dan Muhammad Din Norbik (200m lelaki terbuka: 22.90s).

Pingat gangsa dimenangi Floristhy (wanita terbuka 100m: 12.94s, 200m: 26.99s), Alvesyia Helon (3,000m wanita terbuka: 12:50.48s), Ira Elisa Lajium (lempar cakera wanita terbuka: 34.23m), 4x400m lelaki terbuka (Firdaus, Martyn Lim, Azmin, Mo Azri) dan 4x400m lelaki B15 (Darrel Austen, Jacklelyon, Julio Slyvian, Erayandi) serta Brolyn Joel Numpang (lompat kijang lelaki terbuka: 13.62m)

Kejayaan SSMS itu bagaimanap­un tidak dicapai dengan mudah apabila mendapat tentangan sengit dari dua lagi sekolah sukan negara iaitu Akademi Trek dan Padang Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (PSA SSTMI) Johor dan Sekolah

Sukan Malaysia Terengganu (SSM Terengganu).

PSA SSTMI menyamai kutipan 9 pingat emas SSMS tetapi terpaksa berpuas hati berada di kedudukan kedua apabila kalah kutipan perak dan gangsa. PSA SSTMI hanya mengutip 2 perak dan 2 gangsa.

SSM Terengggan­u juga memberi tentangan sengit di tangga ketiga dengan kutipan 5 emas, 7 perak dan 1 gangsa.

Pusat Olahraga Ranau (POD Ranau) menduduki tempat keempat dengan 5 emas, 2 perak dan 2 gangsa manakala pasukan Firdaus melengkap senarai lima pasukan teratas dengan 3 emas, 3 perak dan 2 gangsa.

Kejohanan tahunan anjuran Kelab Sukan Berwang itu disertai hampir 1,500 atlet dari lebih 50 pasukan dalam dan luar negeri.

Presiden Kelab Sukan Berwang, David Ng mensasarka­n penyertaan lebih ramai tahun depan.

 ??  ?? JUARA: Skuad olahraga SSMS merakamkan gambar kenangan selepas majlis penyampaia­n hadiah di mana mereka muncul juara keseluruha­n edisi ketiga Kejohanan Trek dan Padang Kumpulan Umur Berwang 2019 di Stadium Likas penghujung minggu lalu.
JUARA: Skuad olahraga SSMS merakamkan gambar kenangan selepas majlis penyampaia­n hadiah di mana mereka muncul juara keseluruha­n edisi ketiga Kejohanan Trek dan Padang Kumpulan Umur Berwang 2019 di Stadium Likas penghujung minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia