Utusan Borneo (Sabah)

Daerah Sandakan juara Kejohanan Bola Keranjang PSKPPS Kali Ke-47

- Oleh: Noorasvill­a Muhamma CERIA: Daerah Sandakan selaku juara Kejohanan Bola Keranjang PSKPPS pada tahun ini.

SANDAKAN: Daerah Sandakan muncul juara dalam Kejohanan Bola Keranjang Pesta Sukan dan Kebudayaan Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan Sabah (PSKPPS) Kali Ke-47 Tahun 2019 yang berlangsun­g di SJK(C) Syn Hua, di sini.

Sebanyak enam kontinjen daerah mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan yang diadakan dari 30 Oktober hingga 1 November.

Ia termasuk tuan rumah iaitu daerah Sandakan, Lahad Datu, Penampang, Beaufort, Kota Marudu dan Kudat.

Kejohanan dijalankan dalam liga dua kumpulan dan setelah tiga hari kejohanan berlangsun­g, empat pasukan yang berjaya ke pusingan separuh akhir pertama adalah Sandakan dan Beaufort.

Sementara separuh akhir kedua terdiri daripada Lahad Datu dan Penampang.

Daerah Sandakan dan Lahad Datu berjaya menewaskan lawan masingmasi­ng sekaligus mara ke peringkat akhir.

Manakala, daerah Beufort dan Penampang merebut kedudukan tempat ketiga dan keempat.

Daerah Sandakan dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan Lahad Datu dengan keputusan 41-38.

Manakala, Beaufort di tempat ketiga selepas menewaskan Penampang dengan keputusan 58-41.

Upacara perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan oleh Guru Besar SJK(C) Syn Hua, Yee Choon Mui.

Dalam ucapannya, beliau mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan kerana memberi mandat kepada sekolah itu untuk menganjurk­an Kejohanan Bola Keranjang

PSKPPS kali ini.

Beliau juga melahirkan penghargaa­n kepada Life Water Sdn Bhd selaku penaja utama sepanjang kejohanan kali ini.

Katanya, kerjasama penuh daripada semua daerah bertanding secara tidak langsung membolehka­n kejohanan itu berlangsun­g dengan baik dan lancar.

Untuk rekod, PSKPPS Kali Ke-48 Tahun 2020 memilih Keningau sebagai tuan rumah kejohanan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia