Utusan Borneo (Sabah)

Sabah tanpa Arena hadapi kejohanan badminton kebangsaan

-

KOTA KINABALU: Sabah akan menyertai Kejohanan Badminton Berpasukan B12 dan B16 tahun Antara Negeri Kebangsaan 100Plus tanpa pemain junior kebangsaan­nya, Arena Satu Samin.

Pemain berusia 16 tahun dari Kota Belud itu tidak dapat bersama pasukan ke kejohanan yang akan berlangsun­g di Dewan Persatuan Badminton Pulau Pinang, Bukit Damar pada 27 November-1 Disember berkenaan kerana memberi tumpuan kepada kejohanan lain.

Persatuan Badminton Sabah (SBA) dalam kenyataan medianya memberitah­u bahawa Arena tidak dapat besama pasukan untuk fokus kepada pusingan kedua Kejohanan Badminton B21 Kebangsaan Celcom Axiata yang akan berlangsun­g di Ipoh, Perak pada 11-15 Disember.

Ketiadaan Arena akan diisi Goh Shuen Tong untuk mengetuai pasukan B16 tahun perempuan yang turut dibarisi Valerry Ya Ka Ying, Sharylyn Vivian George dan Cassey Ryan Rompog.

Sabah turut diwakili pasukan B16 lelaki serta B12 lelaki dan perempuan.

Pasukan B16 lelaki dianggotai Haikal Hashim, Ferdinan Ramno, Daniel Edry Elvestly, Quinton Yap Run En dan Muhammad Khairul Syafiq Mualasan.

Pasukan B12 tahun lelaki dianggotai Anderson Kenneth, Datu Anif Isaac Datu Asrah, Hymns Isaiah Shim, Fung Jia Dau dan Voo Jun Yu manakala B12 perempuan diwakili Jola Lim Zi Yu, Saidatul Saadiah MUhammad, Nursyafiqa­h Abdullah dan Cristry Cassandra Fabian.

Sebagai rekod, Sabah adalah naib juara B16 tahun lelaki dan perempuan manakala tempat ketiga B12 tahun perempuan tahun lalu.

Sabah berazam memperbaik­i pencapaian­nya tahun ini.

Dikatakan bahawa, tidak ada latihan pusat untuk pemain tersenarai tetapi mereka digalakkan datang dan berlatih di Pusat Latihan Negeri (PLN) di Kompleks Sukan Kota Kinabalu dari Isnin hingga Jumaat, jam 3.00-6.00 petang.

Jurulatih skuad Sabah ialah Timy Foo dan Malik Zainal manakala pengurus pasukan ialah Androw Celyron dari Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia