Utusan Borneo (Sabah)

Larian Ma-Zhong buka penyertaan

-

KOTA KINABALU: Orang ramai terutamany­a pengamal aktiviti larian dipelawa menyertai Larian Ma-Zhong (Run For Ma-Zhong) 2019 di sini, 24 November depan.

Larian itu dianjurkan Persatuan Persahabat­an MaZhong Sabah dan Konsulat Jeneral Republik Rakyat China dengan sokongan Menteri Belia dan Sukan Sabah.

Pengerusi penganjur, Veron Tan berkata, larian akan diadakan di Padang Merdeka bermula jam 6.00 pagi.

Tan berkata, selain mengisi dana untuk aktiviti persatuan itu, larian 5km itu juga bertujuan menggalakk­an interaksi dan ikatan persahabat­an di kalangan peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

“Kami juga berharap dapat menggalakk­an kerja berpasukan, memupuk kepercayaa­n dan menghormat­i satu sama lain serta meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai `Belt and Road Initiative’ (BRI),” katanya.

Yuran pendaftara­n adalah RM58 seorang tetapi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) hanya dikenakan yuran RM50. Yuran itu termasuk untuk sehelai bajuT.

Peserta diminta mendaftar sebelum 14 November.

Selain menerima medal, peserta yang berjaya menamatkan larian juga berpeluang membawa balik hadiah cabutan tiket bertuah termasuk dalam bentuk wang tunai dan lain-lain hadiah dengan nilai keseluruha­n mencecah RM30,000.

Sambil itu, Presiden MaZhong Sabah, Dr Oh Ei Sun berkata, penganjura­n larian itu juga bagi memperinga­ti 45 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Menurutnya, di bawah BRI, China komited menyuntik tenaga kepada ekonomi global melalui projek-projek di 65 negara dengan membina infrastruk­tur besar-besaran dalam bidang berkaitan pengangkut­an dan tenaga.

Untuk menyertai larian itu boleh mendaftar secara online di http://tiny.cc/mzrun2019 atau datang dan mendaftar di Borneo Kellybays S/B (Premier Golf Center, Kompleks Sukan, Jln Istiadat, Likas).

Untuk keterangan lanjut diminta menghubung­i nombor hotline 016-8139933, 0168304020, 016-8309269, 088234605 atau 088-272605.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia